Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 26, 2019 @ 11:32am

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk memudahkan urusan seharian kita. Tidak boleh disangkal lagi bahawa teknologi yang wujud pada hari ini sememangnya mempunyai pelbagai kesan positif dan negatif kepada kita.

Antara kesan negatifnya ialah penipuan. Pada hari ini, banyak kes-kes penipuan yang dibuat oleh sindiket penipuan online ini menyebabkan orang ramai kerugian ribuan ringgit. Justeru daripada itu, adalah amat penting buat kita untuk sentiasa berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Terkini, seorang pelakon terkenal bernama Azhan Rani telah berkongsikan pengalaman beliau yang didakwa telah menjadi salah seorang daripada mangsa sindiket penipuan online ini. Menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagramnya, beliau menyeru kepada orang ramai supaya jadikan pengalamannya ini sebagai peringatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja. Ni aku baru dapat message tadi, diaorang akan bagi satu message statement macam ni. Aku takde pun akaun affin bank dan aku takde buat mana-mana tempahan kat trivago pun.

Trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu ko akan call number yang warna biru tu. Bila kau call diaorang akan buat-buat macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau. Maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau.

Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card cimb yang aku tak pernah ada. Tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. Buat report berjam-jam sampai dua balai polis aku kena pergi, last report sampai 6 helai.

Sudahnya setakat legakan hati aku je. Duit kau takkan dapat balik. Tapi itulah pelajaran dia, tahun depan ni aku dah azam bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. Sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!

Sumber: Azhan Rani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Featured Thu, 28 Oct 2021

“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan. Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan […]

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Bila Raya Terus Jadi Orang Kampung, Seronok Pusing Naik Motor” – Areef Amran Kongsi Rutin Sambut Aidilfitri

Areef bagaimanapun merasakan dirinya masih belum begitu dikenali ramai, namun sentiasa terbuka untuk beramah mesra dengan peminat jika ditegur.

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Hiburan Tue, 22 Nov 2022

“Kalau Gelak Macam Tu, Dah Tahu Siapa…” – Gelagat Anzalna Nasir & Kakak Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita Anzalna Nasir merupakan seorang yang sangat akrab dengan adik beradiknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Anzalna di laman TikToknya, sehingga meraih tumpuan netizen. Menerusi hantaran […]

error: Content is protected !!