Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 5, 2024 @ 1:27pm

Berdangdut Di Pusat Hiburan & B*rpakaian Seperti Wanita… PU Syed Tegur Diva AA  – “Saya Pasti Dia Berpendidikan Tinggi Tapi…”

Pendakwah bebas popular, PU Syed tampil memberikan respons susulan tindakan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang tampil berpakaian menyerupai seorang wanita selain berdandgut di pusat hiburan baru-baru ini.

Menerusi hantaran sepotong video pendek di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, tindakan Diva AA sangat keterlaluan apatah lagi dia merupakan seorang  selebriti dan menjadi perhatian ramai pihak.

“Bagaimana seorang influencer ataupun artis yang kita kenal, Diva AA ataupun Azwan Ali ni dia berpakaian sepertimana seorang wanita dan juga menyanyi, berhibur dan ramai orang tengok.

“Saya nak tegur Diva AA,  kamu adalah orang yang dikenali oleh seluruh masyarakat di Malaysia sebab kamu seorang artis juga seorang pengacara yang hebat suatu masa dahulu. Tapi Mashaa-Allah Tabarakallah, kenapa sejauh ini perginya? Kenapa berpakaian seperti seorang wanita?,” ulasnya.

 

Dalam pada itu, PU Syed juga kelihatan sempat berkongsi hadis mengenai larangan Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya yang mengenakan pakaian menyerupai jantina lain.

“Bahkan Nabi SAW melarang dan melaknat orang yang berpakaian sebegini. Jadi kenapa perlu buat macam tu?

“Tidak adakah kaedah lain yang patut dibuat untuk kita hidup di atas muka bumi ni. Bukankah ia salah satu perkara yang mencemar agama sendiri?

“Video ini viral dan memalukan kita sebagai umat Islam, kita perlu menentang perbuatan yang menyerupai berlainan jantina. Ia adalah perbuatan yang haram,” katanya.

Mengakui Azwan mempunyai pendidikan yang baik, PU Syed bagaimanapun berharap Diva AA meninggalkan perbutaan tersebut sekaligus menjadi insan yang lebih baik dan mendekatakan diri dengan Allah SWT.

“Walaupun saya pasti Azwan orang yang berilmu dan berpelajaran tinggi tapi kenapa ke arah ini perginya?

“Buatlah perkara lain yang lebih bermanfaat, berubah dan jadi lelaki semula, yang normal serta mempunyai kehidupan yang lebih baik.

“Melawan fitrah sangat memalukan? Terutama pada usia yang sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah tetapi kita mendekatkan diri ke arah perkara lain.

“Saya tegur bukan sekadar untuk dia tetapi kepada orang-orang di luar sana yang terikut dengan cara hidup sebegini supaya tidak membuat perkara tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, heboh di platform media sosial apabila sepotong video pendek memaparkan gelagat seorang individu yang didakwa iras pengacara lelaki popular tular.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan berpenampilan seperti wanita dengan memakai gaun seksi belah tengah berona merah jambu sedang menghiburkan orang ramai di pusat karaoke dan membawakan lagu Perawan Atau Janda.

ARTIKEL BERKAITAN:Diva AA Menari Dangdut Punca Festival Raya Di Kedah Ditutup, Penganjur Mohon Maaf… Maklum Situasi Luar Jangkaan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “This Is Not Funny B*tch” – Bakar Foto, Aliff Syukri Dakwa Diva AA Main Sihir?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isu Tarik Rambut, Imej Diva AA Tercalar! Bakal Saman Aliff Syukri RM100 Juta – “Tiada Maaf Bagimu, See You In Court!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

Hiburan Tue, 20 May 2025

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 Kekal Optimis Sasar Kutipan Pecah Panggung RM60 Juta!

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 akui tekanan bersaing dengan filem lain di pawagam

Featured Fri, 3 Oct 2025

Syamel Buka Mulut Isu Netizen Pertikai Misi Kemanusiaan Pejuang GSF – “Jangan Persoalkan Andai Diri Sendiri Tak Mampu Tandingi Ikhlas Mereka”

Syamel juga menitipkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi berkongsi perkembangan terkini mengenai status sukarelawan Malaysia yang terlibat.

Featured Thu, 3 Jul 2025

Janna Nick, Dini Schatzmann Bergabung Dalam ‘Selamat Pengantin Haru’, Penuh Gelak Tawa & Realiti Rumah Tangga

, Janna Nick dan Dii Schatzmann akhirnya bergabung dalam sebuah drama terbaharu TV3

Featured Wed, 20 Jul 2022

Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Pihak polis bagaimanapun akan meneliti video rakaman cctv di kawasan terbabit. Semoga urusan pencarian Zalina dipermudahkan.

Featured Sun, 30 Mar 2025

Awie Sokong Erra Fazira Temui Kebahagiaan Baharu – “Jangan Tunggu Lama, Fikir Masa Depan”

Sudah sampai waktunya Erra kembali berumah tangga setelah sekian lama hidup sendiri.

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Akaun Asyik Kena Sekat, Sales Merudum… Rupanya Lengah Subuh” – Sasha Abdul Aziz Dedah Ujian Rezeki ‘Sempit’

Sasha Abdul Aziz rezeki sempit, mula sedar kesilapan diri selepas lewatkan subuh

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
error: Content is protected !!