Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2022 @ 5:14pm

“Rindu Yang Sangat Unik Sebab…” – Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Alami Perubahan Perasaan Setiap Hari

Kini sudah genap setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin apabila dikira mengikut kalendar Islam di mana arwah meninggal dunia sehari sebelum Awal Muharam yang jatuh pada 30 Julai 2022.

Justeru itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mengakui amat sukar untuk membuang perasaan sedih itu dari dalam dirinya tiap kali memikirkan arwah isterinya itu.

Malah, Shuib menganggap perasaan rindu terhadap arwah Sarah adalah sangat unik.

“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama.

“Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.

“Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah,“katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebaknya! Sampai Dada Terasa Sesak…” – Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Sarah Menerusi Lagu ‘Tinggalkan Diriku’

ARTIKEL BERKAITAN:Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

ARTIKEL BERKAITAN:Jumpa Doktor Setiap Minggu, Shuib Akui Beremosi Sepanjang Bergelar Bapa Tunggal

Sementara itu, Shuib mengakui reda dengan ketentuan Allah dan bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan terhadapnya kini.

“Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya.

“Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insya-Allah,”jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, meskipun sudah setahun pemergian Sarah, namun Shuib masih merasakan baru semalam arwah meninggalkannya dan anak-anak.

Bahkan, anak-anak juga masih bertanya mengenai arwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.

“Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.

“Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis.

“Namun, anak-anak tetap menerima pemergian arwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay,” katanya.

Dan, dalam tempoh setahun ini, Shuib memaklumkan arwah tidak pernah hadir dalam mimpinya.

“Saya sangat berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan arwah.

“Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi. Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari arwah, tetapi tidak berjumpa.

“Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan arwah,” ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi pada 9 Ogos, tahun lalu.

Dan meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.

ARTIKEL BERKAITAN:Soal Kahwin Bukan Keutamaan Bagi Shuib Sepahtu

ARTIKEL BERKAITAN:“Anak-Anak Dah Mula Tanya, Kalau Rasa Tak Mampu Saya Jawab Dengan Air Mata Saja” – Shuib Akui Hilang Kata-Kata

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Bila Diamati Lirik Ternyata Ada ‘Sesuatu’ Arwah Cuba Sampaikan” – Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Penampilan Didakwa Terlalu Ketat, Watie Hanifiah Terima Teguran Netizen

Baju didakwa terlalu ketat. netizen tegur Watie Hanifiah

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Nasib Tak Berapa Baik…’- Siti Sarah Mahu Beraksi Di AJL Tahun Depan

Chaiyok Sarah! We all akan selalu support awak tau.

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Featured Mon, 18 Apr 2022
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Jadi Duta Produk ANAS Cosmetics, Ayda Terkejut Terima Bayaran Bukan ‘Harga Kawan’

Ayda yang bakal tampil dengan drama Andai Dia Bahagia yang ditayangkan di TV3 tidak lama lagi memberitahu biarpun selesa dengan tawaran menjadi ‘wajah rasmi’ produk, dia tetap aktif berlakon dan menyanyi.

Featured Mon, 20 Feb 2023
error: Content is protected !!