Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 7, 2024 @ 5:21am

Beri Alasan Panas, Belum Sampai Giliran… Pempengaruh Tak Bercampur Dengan Artis Senior Di Backstage?

Pengurus kepada Lan Solo, Nur Sheila Hassim berkongsi perilaku buruk segelintir pempengaruh yang menonjolkan perangai kurang sopan terhadap artis lebih otai.

Menerusi kemas kini sebuah hantaran di Facebook, Sheila yang juga merupakan isteri kepada Lan mendedahkan kejadian terbabit berlaku kepada suaminya sendiri dan beberapa selebriti senior lain dalam sebuah acara.

“Macam malas nak tulis sebenarnya. Tapi sebab geram, kita tulislah sikit. Ceritanya macam ni, baru-baru ni Lan Solo ada persembahan dan dalam persembahan yang sama, ada ramai artis-artis otai. Ada juga budak-budak baru nak up (BBNU) dan pempengaruh dan TikTokers semualah.

“Cerita bermula bila semua selebriti berada di belakang pentas untuk tunggu giliran persembahan. Maka berkumpullah semuanya. Terkejut sangat bila semua pempengaruh tak nak ada bersama ya. Sebab panas dan belum sampai giliran katanya.

“Lepas tu, mereka boleh lalu lalang depan artis-artis yang dah lama duduk di belakang pentas tanpa menyapa seorang pun, malah terus pegang cue card naik pentas dan apabila turun terus bergerak.

“Kalau pun kau tak kenal artis-artis lama ni. Sekadar salam menyantuni pun takkan tak boleh? Kau masuk tempat orang kan? Salam je lah semua yang ada situ,” tulisnya.

Tambah Sheila, kejadian sama berulang ketika mereka bertembung dengan mereka yang turut berada di lapangan terbang.

“Tak habis kisah backstage, masa nak balik kami bersama mereka satu penerbangan dan berada di ruang sama untuk menanti pesawat. Boleh langsung tak angkat muka? Like seriously?

“Aku pula naik kesian bila abang-abang veteran ini yang meluru bersalam dengan mereka sebab mereka sudah berada di boarding area dulu. Allahu.. ni kalau aku tulis nama ni, orang mesti tak percaya, tapi itulah hakikatnya.

“Tak apa dik. Enjoy lah dalam industri ni selagi kalian rasa kalian terpaling segala. Sampai krew, floor manager (FM), driver yang ambil kalian, semua kalian langgar.

“Kalian memang hebat. Semoga kalian terus bertapak segar sentiasa dalam lapangan ini. Dear para manager, rasanya kalian lagi lama dalam industri ini. Jadi dah patut buat apa yang perlu,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku terhadap artis senior.

Warganet dan rakan-rakan industri juga turut meninggalkan komen dan bersetuju terdapat perbezaan antara pempengaruh baharu dan artis yang sudah lama bertapak dalam industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Hiburan Fri, 24 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Ernie Zakri Antara Idola Mereka, 5 Finalis Dedah Impian & Harapan Sebelum Pentas Akhir

Siapakah yang bakal bergelar juara dan dan bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents? Semuanya bakal terjawab pada 31 Oktober ini!

Featured Sat, 30 Sep 2023

Famili Duo Kini Kembali! Tampil Sisi Berbeza Peserta, Mas Idayu & Ajai Kekal Kedudukan Sebagai Juri

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air. Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza […]

Featured Thu, 19 May 2022
Trending Thu, 7 Dec 2017

Guna Kaki Untuk Lakukan Rutin Harian Wanita

Wanita Ini Digelar ‘Bidadari Tanpa Sayap’ Yang Menjadi Inspirasi, Guna Kaki Untuk Lakukan Rutin Harian Wanita

error: Content is protected !!