Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2026 @ 1:01pm

Beri Bayangan Rumah Tangga Bersama Azlan Komeng Berakhir, Nilam Ortiz Terima Takdir Ilahi

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nilam Ortiz memberi bayangan rumah tangga mereka berada di ambang perpisahan.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nilam memaklumkan dia dan suami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

“Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.

“Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu,” katanya.

Dalam masa sama, Nilam turut menyifatkan Azlan seorang sosok suami yang bertanggungjawab sepanjang empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama,” katanya.

Meskipun begitu, Nilam berkata dia reda atas takdir Ilahi dan sepakat untuk menjaga anak mereka bersama sebagai ‘co-parent’.

“Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza. Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa,” katanya.

@puan_nilamortiz

Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain. Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu. Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza. Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa. Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Doakan yang baik-baik untuk kami.

♬ suara asli – sitiasiyah3205 – sitiasiyah3205

Sekadar info, Nilam dan Azlan berkahwin pada 22 Januari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Azlan Komeng Syukur Krisis Rumah Tangga Bersama Isteri Selesai – “Saya Terpaksa Rahsiakan ‘Hubungan’ Dengan Orang Ketiga Demi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Jul 2021

Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Tapi Hanya Untuk….

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos. Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), […]

Hiburan Wed, 20 May 2026
Featured Fri, 21 Jun 2024
Selebriti Fri, 1 Dec 2023

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya – Mimi Lana

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Hazwani Helmi Dedah Sisi Lain ZRA – “Macam Seorang Ayah, Dia Hargai Pandangan Anak Muda”

Hazwani Helmi dedah ZRA meraikan setiap individu tanpa mengira pangkat atau nama.

Featured Sun, 24 Nov 2024

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Minta Doa Dikurniakan Empat Isteri – “Berdoa Pun Boleh Tersasul, Sebab Cuaca Kot”

Zul Ariffin mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di platform media sosial miliknya.

error: Content is protected !!