Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 21, 2022 @ 3:50pm

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok miliknya itu, memaparkan Dr Sheikh Muszaphar sedang mengajar anak-anaknya dan berharap mereka menjadi seorang doktor suatu hari nanti.

“Mengajar anak-anak saya berkenaan Anatomi.

“Saya berharap mereka semua dapat menjadi seorang doktor,” tulisnya.

Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar menjawab soalan di ruangan komen memberitahu sebagai ibu bapa penting untuk menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak.

“Kanak-kanak suka meniru orang yang mereka sayangi dan hanya mahu menjadi seperi mereka. Oleh itu, penting sebagai seorang ibu bapa untuk menjadi role model yang baik untuk anak-anak,” tulisnya.

Warganet teruja melihat cara didikan Dr Sheikh Muszaphar yang menjadikan ilmu pengetahuan sebagai keutamaan dan mendoakan semua anak-anaknya berjaya seperti yang diimpikan olehnya.

“Masya-Allah satu pendedahan yang sangat terbaik.

“Bagus lah bagi pendedahan awal so boleh develop rasa minat mereka nanti.

“Bakal-bakal doktor yang akan menggegarkan dunia perubatan islam kelak,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 384,000 tontonan dan lebih 21,000 tanda suka.



| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Lagu Tentang Detik Pertama Jatuh Cinta, ‘Siapakah Namamu’ Jadi Taruhan Andi Bernadee

Siapakah Namamu karya baharu Andi Bernadee menceritakan keindahan pertemuan cinta tanpa diduga.

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Trending Fri, 15 Jun 2018

Nick Jonas Perkenalkan Priyanka Chopra Kepada Keluarga. Bukti Hubungan Mereka Serius

Bawa Priyanka ke majlis perkahwinan keluarganya, bukti hubungan Nick Jones dengan pelakon Bollywood itu serius.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Lee Dong Wook and Suzy are Dating!

Another new lovely couple has been formed.

error: Content is protected !!