Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2022 @ 1:30pm

Beto Kusyairy Reda 14 Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Netizen Pula Sibuk Minta Kahwin Lain?

Pelakon popular, Beto Kusyairy sebelum ini pernah memaklumkan penantian zuriat merupakan soalan lazim yang diterimanya namun, dia sedikit pun tidak pernah menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya.

Malah, Beto atau nama penuhnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, berkata, pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.

“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.

“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.

Menerusi perkongsian di TikTok milik peminat aktor berkenaan, sebuah video berdurasi 10 saat yang memaparkan foto momen manis Beto bersama isterinya, Tisha Shahar dimuat naik.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang merujuk kepada soalan lazim yang pernah diterima pasangan ini termasuklah soal kahwin lain kepada Beto.

“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mendoakan agar pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran zuriat malah ada yang menyifatkan kesetian yang ditunjukkan pasangan ini amat mahal ertinya terutamanya pada zaman sekarang.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

10 Tahun Selesa Dalam Konti, Feeya Lupa Hasrat Jadi Pelakon

Selain bergelar penyampai radio, Feeya juga kini mengusahakan produk kosmetik wanita.

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

Featured Sun, 3 May 2020

PKPB: Majikan perlu beri ruang kepada pekerja untuk mulakan tugas

Ikut jadual pergerakan yang disediakan PDRM

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Featured Tue, 16 Oct 2018
Trending Sat, 21 Mar 2020
Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Featured Sat, 12 Jul 2025

Ameera Khan Tegur Netizen ‘Bitter’ -“Kadang-Kadang Saya Mahu Menampar Muka Anda, Tapi…”

Ameera mengaku dia juga mempunyai tahap kesabaran seperti orang lain.

error: Content is protected !!