Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 15, 2019 @ 10:23pm

Biarlah Lambat Popular…

Pelakon dan model jelita, Ayunie Harris, pernah diberi syarat untuk buka tudung sekiranya mahu cepat mencipta populariti di negara jiran.

“Tawarannya menarik yakni saya akan diletakkan sebaris artis popular sana melalui projek sinetron dan filem tapi bersyarat iaitu saya kena buka tudung!

“Saya terus terbayangkan wajah Papa dan Mama yang pastinya kecewa jika saya menerima tawaran itu,” katanya.

Pelakon dikenali melalui filem Enjin No.9 arahan Raja Azmi, akui susulan itu dia tegas menolak tawaran kerana tidak mahu memalukan keluarga.

“Biarlah saya lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.

“Tidak mahulah hanya sebab mahu mengejar populariti, maruah sebagai muslim pula tergadai,” katanya.

Ketika ini, Ayunie sedang mencipta nama melalui sinetron berjudul Biru Langit bergandingan bersama Ali Syakieb, Raditya Jason dan Hessel Steven yang ditayangkan sepanjang Ramadan ini di stesen TV sana.

Malah atas permintaan ramai, pihak produksi juga sudah mula memuat naik sinetron itu ke laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, dia sedang menjalani penggambaran untuk video muzik terbaru penyanyi Raditya Jason di Jogjakarta sejak semalam.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Sufie Rashid Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah Sufie Rashid & Ain. Semoga segala urusan persiapan menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Teroka Bidang Pelancongan & Pertanian Di Pahang! Fizz Fairuz Bangunkan Resort Glamping Di Ulu Dong, Raub

Fizz Fairuz sedang membangunkan sebuah resort bersama tapak glamping di atas tanah seluas tiga ekar miliknya yang terletak di Ulu Dong, Raub.

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

Melly Goeslaw Hadirkan Emosi & Nostalgia Dalam “Konsert Ada Apa Dengan Melly…? – Prom Nite”

Konsert Melly Goeslaw bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu pengalaman emosional yang kaya dengan kenangan, dedikasi dan simbolik budaya pop dua negara.

error: Content is protected !!