Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 1, 2025 @ 5:46pm

Melly Goeslaw Hadirkan Emosi & Nostalgia Dalam “Konsert Ada Apa Dengan Melly…? – Prom Nite”

Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi membuktikan sekali lagi mengapa Melly Goeslaw terus diangkat sebagai Ratu Runut Bunyi Filem Indonesia dan komposer hebat berstatus legenda.

Dengan kehadiran hampir 6,000 peminat, konsert berdurasi dua jam setengah ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu pengalaman emosional yang kaya dengan kenangan, dedikasi dan simbolik budaya pop dua negara.

Walaupun Melly tidak meletakkan kekuatan vokal sebagai senjata utama konsert ini, peminat yang membesar dengan alunan karya komposer hebat ini pastinya pulang dengan seribu nostalgia.

Dedikasi Ikhlas Buat Legenda Malaysia

Salah satu segmen paling menyentuh hati dalam konsert ini ialah penghargaan Melly kepada tiga penyanyi legenda Malaysia: Datuk Aishah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Search. Melly menyampaikan lagu-lagu ikonik mereka iaitu Janji Manismu, Aku Cinta Padamu dan Isabella dengan penuh rasa hormat dan emosi, membuktikan muzik mampu melangkaui sempadan geografi.

Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search dalam kalangan penonton menambah aura bintang dan mencetuskan detik hysteria yang menggamatkan Axiata Arena.

Nostalgia ‘Rangga’ Kembali Menggegar

Kemunculan bintang filem tersohor Indonesia, Nicholas Saputra sebagai Rangga dari filem Ada Apa Dengan Cinta ternyata menjadi bonus istimewa yang memukau penonton. Meskipun hanya seketika, penampilan Nicholas yang mendeklamasikan puisi sambil menghadiahkan buku kepada peminat yang baru putus cinta menjadikan momen ini paling diingati kerana ia menyulam nostalgia dengan realiti emosi peminat.

Repertoir Padu & Penampilan Istimewa

Konsert ini mempersembahkan rantaian lagu hits ciptaan Melly daripada pelbagai era, Ku Bahagia, Denting, Suara Hati Seorang Kekasih, Tak Tahan Lagi, Lets Dance Together, Pencinta Wanita, Sampai Menutup Mata dan Cinta Sejati, semuanya dinyanyikan dengan penuh penghayatan.

Kehadiran Aina Abdul turut mencuri perhatian dan menerima sorakan ramai. Aina yang menyanyikan lagu Cinta secara solo turut memberi nafas segar, membuktikan muzik Melly terus relevan merentasi generasi.

Visual dan Gaya Unik Melly

Dengan empat persalinan berani dan kreatif, Melly kekal dengan gaya eksentriknya yang sinonim dengan persona seni beliau. Ia bukan sekadar konsert muzik, tetapi persembahan visual yang memperkukuh identiti Melly sebagai ikon muzik dan gaya tersendiri.

Lebih Daripada Konsert, Sebuah Perayaan Jiwa dan Kenangan

Prom Nite bukan sekadar sambutan terhadap muzik Melly Goeslaw, tetapi juga satu perayaan terhadap warisan budaya pop serantau. Ia menyatukan memori sinema, lagu-lagu cinta, serta hubungan hangat antara pemuzik Indonesia dan Malaysia.

Kredit foto: Bangsawan Picture

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Trending Tue, 20 Oct 2020

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Take note korang yang nak nikah dekat Selangor tu..

Featured Thu, 12 May 2022
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Tak Sangka Lagu Sendiri Jadi OST, Farihin Arnia Luah Rasa Syukur – “Pada Awalnya Tertekan Juga Sebab…”

Farihin turut tampil dalam drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti kehidupan pelajar kelas paling tercorot

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
error: Content is protected !!