Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 11, 2018 @ 1:00pm

Buat Sos Pedas Ala Samyang Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Peminat makanan pedas mesti suka makan ramyeon Samyang, kan? Sajian mi segera ini menyengat kerana sosnya yang pedas itu.

Produk yang didatangkan dari Korea ini sudahpun menerima sijil halal, jadi makin ramai orang Malaysia yang membelinya.

Yalah, mana taknya? Makan panas-panas… fuhhh. Nikmatnya mengancam! Bagi yang tak tahan pedas, ada orang sampai cirit-birit tapi rasa uniknya membuatkan kita nak lagi. 

Tapi realitinya tak eloklah makan selalu, takut ia memberi kesan negatif kepada perut dalam jangka masa panjang. Lagipun, kalau nak beli di kedai, harganya lebih mahal daripada mi segera biasa.

Tak apalah. Kalau bajet anda tak mengizinkan, anda boleh saja buat “sos Samyang” anda sendiri. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan tak mahal pun.

Bila dah siap, anda bolehlah gaul dengan mi biasa atau plain noodle yang telah direbus. Mi ini boleh didapatkan di pasaraya mana-mana.

Foto: Youtube

Jom masak!

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 7 sudu besar serbuk cili
  • 8 biji cili padi merah (ditumbuk hingga lumat)
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak sayur (untuk menumis) 

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh serbuk cili dengan air di dalam sebuah mangkuk kecil supaya ia menjadi bentuk pes. 
  2. Dalam sebuah kuali, panaskan minyak sayuran dan tumis bawang putih hingga garing. 
  3. Masukkan pes cili dan cili padi; kemudian kacau dan masak hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan kicap manis mengikut selera anda. Kacau. 
  5. Masukkan serbuk pati ayam, serta garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati. 

Kalau nak tambah oomph lagi, makan dengan keju. Fuuuh! Enjoy!

Sumber: Twitter Resipi Makanan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Wed, 6 May 2020
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

12 Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular Setiap Kali Hari Raya Aidilfitri

Barulah syok beraya kalau dapat makan semua jenis biskut raya yang legend ini!

Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Eat Travel Fri, 26 Apr 2019
Eat Travel Tue, 29 May 2018

Pengat Labu Manis Ini Menu Wajib Yang Perlu Ada Untuk Berbuka Puasa

Pengat labu manis ini sangat enak untuk dimakan!

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Eat Travel Tue, 7 May 2019

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

RM5 akan disalurkan dengan setiap pembelian menu istimewa pada bulan Ramadan ini.

error: Content is protected !!