Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 27, 2023 @ 6:58pm

Bukan Lagu Cinta Kosong! Lah Ahmad Muncul Dengan ‘ALHUMAIRA’ – “Ia Soal Kesyukuran & Kesetiaan Seorang Lelaki”

Penyanyi terkenal, Lah Ahmad muncul dengan single baharu yang berjudul ‘ALHUMAIRA’ yang mana lagu ini berkonsepkan Balada R&B.

Lebih menarik, single ini merupakan kolaborasi pertama Lah bersama penerbit dan komposer, Hafiz Hamidun.

“Ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan Hafiz sebagai penerbit dan komposer untuk lagu saya. Walaupun kami merupakan rakan industri muzik dan beberapa kali membuat persembahan bersama, namun kerjasama kali ini sangat istimewa.

“Apabila Hafiz mengirimkan ‘demo’ Alhumaira, saya dapat merasakan kekuatan melodi lagu ini dan lagu ini sangat dekat dengan perasaan saya. Setelah berbincang melalui pihak pengurusan saya dan Hafiz, kami bersetuju untuk merakamkan lagu ini. Sesi rakaman telah berlangsung pada pertengahan bulan Oktober 2023, dua minggu selepas Konsert Jatuh Cinta saya di Istana Budaya berlangsung,” kata Lah Ahmad.

Lah juga berkongsi bahawa ‘ALHUMAIRA’ bukan sekadar lagu cinta malah memiliki maksud yang mendalami jika menghayati bait-bait lirik tersebut.

Secara dasarnya, ‘ALHUMAIRA’ berkisarkan tentang kesyukuran dan kesetiaan seorang lelaki kepada wanita yang dicintainya.

“Sebagai seorang penyanyi, saya akan mendalami maksud lirik yang ingin disampaikan. Setelah saya menghayati bait-bait lirik lagu ini, saya merasakan Alhumaira bukan sekadar lagu cinta semata-mata, tetapi adalah tentang kesyukuran dan kesetiaan seorang lelaki kepada wanita yang dicintainya.

“Saya juga merupakan seorang suami, jadi lagu ini begitu istimewa jika disampaikan untuk isteri tersayang. Pada saya, kelembutan seorang wanita itu akan dikuatkan oleh janji dan setia seorang suami. Saya harap para pendengar juga dapat merasakan perasaan yang sama,” kongsinya lagi.

‘ALHUMAIRA’ boleh distrim di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, TikTok, Instagram dan lain-lain manakala lirik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube.

Single ini diterbitkan oleh Arteffects Sdn Bhd dan diedarkan oleh Sony Music Entertainment Sdn. Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Hiburan Tue, 15 Jul 2025

Jelmakan Watak Raisha, Cahaya Nilam Jadi ‘Diva & Annoying’ Dalam Seoul Cinta

Cahaya Nilam bawa watak selebriti dalam Seoul Cinta.

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 31 Oct 2023
Events Sun, 16 Feb 2025
Trending Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!