Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 12, 2026 @ 12:48pm

Bukan Sekadar Filem Seram, Khadam Buat Yasmin Hani & Sazzy Falak Emosi – “Sakit Ditonton Sebagai Ibu”

Filem seram Khadam bukan hanya menguji keberanian penonton dengan elemen mistik dan saka, malah turut mengusik emosi terutama dalam kalangan golongan ibu.

Perkara itu diakui pelakon, Yasmin Hani dan Sazzy Falak yang menyifatkan naskhah arahan Shamyl Othman itu sebagai sebuah karya yang ‘menyakitkan’ untuk ditonton dari sudut pandang seorang ibu.

Menurut mereka, ketakutan yang dirasai ketika menonton Khadam bukan semata-mata disebabkan kemunculan entiti mistik atau adegan seram, sebaliknya penderitaan emosi yang terpaksa ditanggung seorang ibu demi melindungi anak dan keluarga.

“Sebagai seorang ibu, filem ini terlampau sakit untuk ditonton. Bukan kerana seramnya semata-mata, tetapi kerana kita dapat merasai ketakutan dan kesedihan seorang ibu yang hanya mahukan yang terbaik buat anaknya.

“Namun terpaksa berdepan akibat daripada pilihan yang telah dibuat,” kata mereka.

Tambah Yasmin dan Sazzy, kekuatan Khadam terletak pada jalan ceritanya yang membuatkan penonton berfikir perkara paling menakutkan bukanlah saka atau makhluk halus itu sendiri.

Sebaliknya, ia adalah tindakan manusia yang membuka ruang kepada kejahatan sehingga memberi kesan kepada generasi seterusnya.

Pendekatan itu menjadikan Khadam lebih daripada sekadar filem seram biasa apabila turut menyelitkan elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Sejak tayangan perdananya pada 9 Jun lalu, media sosial turut dibanjiri pelbagai reaksi penonton yang mengakui berasa marah, sedih, tegang dan tidak senang duduk sepanjang menyaksikan filem berkenaan.

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran, Khadam menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim.

Berlatarbelakangkan era 1950-an, filem itu mengisahkan Melor yang berusaha melindungi keluarganya daripada saka yang diwarisi turun-temurun. Namun semakin kuat usahanya mempertahankan keluarga, semakin besar harga yang perlu dibayar.

Khadam kini ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 11 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Ulas Babak Berkemban Dalam Filem Khadam, Produksi Siap Tempah Kardigan Khas – “Kami Mahu Nampak Realisitik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Mia Ahmad Berdebar Tunggu September

Pelakon drama Hati Perempuan memberitahu suaminya, Mohd Izham Tarmizi turut berdepan debaran yang sama.

Trending Thu, 23 Jun 2022

“Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Bad Indigo dan Ashira mendedahkan mereka tidak lagi bersama, tetap masih berkawan.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Thu, 20 Jun 2024
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

ISTANA JUTAAN RINGGIT PUN MASUK AIR?

Menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau, Dato Aliff Syukri dilihat telah merakamkan detik-detik cemas beliau ketika istana barunya itu bocor dimasuki air

Trending Sun, 16 Sep 2018

Remaja Pukul Bapa OKU Kerana Televisyen Ditahan

olis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

error: Content is protected !!