Oh Lawa By: Fadzlena Jafar September 26, 2019 @ 8:21pm

Butik pop-up Fred Perry dibuka di RexKL

Jenama mewah, Fred Perry mengambil pendekatan berbeza dengan membuka butik pop-up di bangunan RexKL, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur bersesuaian dengan lokasinya di kawasan tumpuan pelancong asing.

Butik kelima Fred Perry di Malaysia itu berkonsepkan pop-up yang bersifat sementara dan hanya dibuka selama tujuh bulan bermula September ini dengan menampilkan elemen santai khusus disasarkan untuk pelanggan muda.

Brian memberi penerangan mengenai himpunan kapsul Raf Simons pada majlis pelancaran butik pop-up Fred Perry di RexKL. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Eksekutif Pemasaran dan perhubungan Awam Fred Perry Malaysia, Farez Khan, berkata pihaknya memilih untuk membuka butik jenama itu di RexKL berikutan kesesuaian lokasi dan golongan sasaran.

“RexKL adalah panggung wayang pertama di Kuala Lumpur yang tidak lagi berfungsi, tetapi kini dibuka kembali untuk dijadikan pusat tumpuan usahawan produk kreatif tempatan.

“Oleh itu, pihak kami bersetuju untuk membuka butik pop-up ini dengan menampilkan himpunan yang bersesuaian dengan golongan muda, apa tah pula lokasinya di Petaling Street, antara destinasi ikonik di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan butik itu yang ringkas dan santai.

Yang turut hadir ialah Eksekutif Pemasaran Fred Perry Singapura, Brian Low.

Antara himpunan premium dan kapsul Fred Perry yang dipamerkan di butik pop-up Fred Paerry RexKL. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Jenama yang diasaskan pada tahun 1952 oleh Fred Perry, pemain Britain yang terkenal apabila menjadi juara Wimbledon tiga kali itu menampilkan rekaan kasual elegan dengan sentuhan ranggi menerusi motif kreatif yang amat menarik.

Butik berkeluasan 560 kaki persegi itu menampilkan himpunan premium dan kapsul termasuk Raf Simons, Akane Utsonomiya, Nicholas Daley dan Made in Japan.

Selain himpunan klasik asli Fred Perry yang berharga RM529, Fred Perry juga menyasarkan penggemar fesyen muda menerusi beberapa rekaan yang lebih versatil seperti kemeja-T bergaya yang didatangkan dalam warna hitam dan putih.

Himpunan eksklusif Amy Winehouse di atas meja yang berlatarbelakangkan himpunan klasik asli Fred perry di atas rak. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Bagi peminat Amy Winehouse, dapatkan himpunan yang diilhamkan daripada keunikan aura penyanyi itu dengan motif sulaman berbentuk dua hati sebagai tarikan. Himpunan istimewa itu berharga antara RM500 dengan RM600.

Raf Simons pula mengenengahkan rekaan yang menggunakan warna terang dan tampak ranggi sesuai untuk jejaka yang metroseksual.

Bagi rekaan Made in Japan, potongan yang bersesuaian dengan jejaka Asia menjadi kriteria utama selain penggunaan warna asas hitam yang menyerlahkan sisi maskulin si pemakai.

Beg barrel dan aneka rekaan kasut Fred Perry juga boleh didapati di butik jenama itu di RexKL.  NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN.

Pelanggan juga boleh memilih beberapa aksesori seperti dompet, tali pinggang, stoking dan kasut yang elegan pada harga antara RM300 hingga RM600.

Butik pop-up Fred Perry di RexKL dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam dari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada setiap hari Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Awalan Evolusi Fesyen Tempatan Menebal Nuansa Gaya Barat

Di peringkat awal perkembangan fesyen tempatan lebih terarah atau berkiblatkan resensi Barat.

Featured Thu, 25 Jul 2019

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Kalau berkesan, apa salahnya, kan?

Featured Fri, 22 May 2020
Featured Thu, 26 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Koleksi Lebaran Hero Malaya Ini Memang Mengancam! Rugi Tak Beli

Koleksi baju melayu dan kurta hero Malaya ini memang awesome!

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

Pengaruh Kuat Bollywood Sedari Kecil, Asyu Pilih Saree Sebagai Fabrik Utama Dalam Rekaannya

Kecintaannya pada lagu dan filem Bollywood, kekagumannya terhadap kecantikan juga ketampanan aktres dan aktor negara itu, memberi pengaruh yang cukup besar pada pengenalan koleksi perdananya.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

error: Content is protected !!