Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 21, 2019 @ 12:21am

Banyak Hutang Punca Vanessa Angel Terlibat Aktiviti Pelacuran

Jurucakap Polis Indonesia, Luki Hermawan mengesahkan pelakon Vanessa Angel menawarkan diri untuk terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian disebabkan dikelilingi hutang keliling pinggang.

Insiden yang dibongkar baru-baru ini mendapati Vanessa adalah antara 45 artis dan 100 model Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam sindiket pelacuran berkenaan yang dikendalikan dua individu.

“Siasatan kami mendapati dua individu berkenaan tidak merekrut artis dan model untuk menjadi pelacur, tetapi artis dan model ini termasuk Vanessa menawarkan diri untuk terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu,” katanya yang dipetik Tribun News.

Ujarnya, artis dan model ini meminta suspek membantu mereka mencari pelanggan kerana untuk mendapatkan wang atau untuk membayar hutang.

“ Vanessa selalu meminta suspek mencarikan pelanggan kerana dia mahu menyelesaikan hutang yang menjeratnya.

“ Keterangan ini semua kami peroleh daripada perbualan telefon dan sumber lain antara kedua-dua mereka,” jelasnya.

Menurutnya, Vanessa terbabit dalam aktiviti pelacuran berkenaan kerana mahu membayar wang ansuran kereta dan rumahnya.

“ Vanessa antara yang paling aktif meminta dicarikan pelanggan dengan alasan untuk membayar wang ansuran kereta dan rumah,” katanya.

Pelakon itu dan seorang lagi selebriti ditangkap di sebuah hotel di Surabaya pada awal bulan ini kerana dipercayai melacurkan diri dengan bayaran Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164). – Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Featured Thu, 12 May 2022

Resort Tiara Jacquelina Dilanda Banjir Kilat – “Baru Je Nak Bernyawa Selepas 6 Bulan..”

Semoga dipermudahkan semua urusan buat mangsa banjir di Janda Baik ❤️

Events Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

Wahhh 🤩 Hebatnyaa Aafiyah nii 🥹 4 tahun dah pandai main piano 🥰 Semoga terus berjaya Aafiyah comel 🥹❤️

Hiburan Thu, 5 Sep 2024
error: Content is protected !!