Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie June 12, 2020 @ 3:39pm

Chalet atas air sediakan pengalaman berbeza

Destinasi percutian setiap individu tidak sama, ada yang gemar suasana rimba dan ada juga yang memilih laut atau pantai untuk menghabiskan masa berharga bersama-sama keluarga mahupun rakan.

Jika bercuti di tepi pantai, tentunya deru ombak atau bunyi air berkocak menjadi halwa telinga, malah bagi kaki pancing mungkin itulah destinasi terbaik mereka kerana selain berehat, dapat juga memancing bersama-sama keluarga.

Maena Water Chalet di Tumpat, Kelantan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang gemar dengan suasana laut kerana chalet terapung itu dibina dengan teratur di atas permukaan air dan sebahagian lagi di daratan.

Zainon (kanan) melayan pelanggan menikmati makan malam di Maena Water Chalet. Foto: Maena Water Chalet.

Pengasas chalet terapung berkenaan, Zainon Daud, berkata beliau dan suami, Md Jamil Said, sepakat mendirikan chalet terapung kerana ingin memberi pilihan kepada individu yang gemar pada suasana laut atau pantai.

“Chalet terapung ini mempunyai keluasan sederhana, ada lebih 10 unit dan cukup untuk satu keluarga sederhana besar dan lengkap dengan kemudahan untuk memasak.

“Sekiranya pengunjung memilih untuk menyediakan sendiri makanan sepanjang bercuti di chalet ini, mereka boleh membeli bahan basah di pasar Tumpat atau mana-mana kedai berhampiran yang menjual hasil laut,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels, baru-baru ini.

Zainon (kiri) dan Md Jami (kanan) bersama pelanggan yang bercuti di Maena Water Chalet. Foto: Maena Water Chalet.

Chalet terapung atau chalet atas air bukan asing di Kelantan, terutama Tumpat kerana selain terkenal sebagai perkampungan nelayan, Tumpat juga menyediakan banyak lokasi menari untuk dilawati.

Pasar besar Tumpat terutama menawarkan pelbagai jenis hasil tangkapan laut yang segar dan berpatutan kerana ia dinaikkan oleh nelayan setempat dan selain dijual kepada peraih ikan, ada juga yang dibawa untuk dijual di pasar itu.

Maena Water Chalet juga menyediakan ruang untuk pengunjung yang memilih untuk makan bersila di atas tikar. Foto: Maena Water Chalet.

Zainon berkata, kemudahan lain disediakan Maena Water Chalet ialah perkhidmatan bot untuk mengunjungi pulau berdekatan yang tentunya boleh dilakukan sebagai kegiatan kekeluargaan yang menyeronokkan.

“Jika tidak minat memancing, boleh sahaja bawa keluarga ke pasar bebas cukai Pengkalan Kubur, melawat kilang memproses budu, melihat jeti nelayan persendirian atau mengunjungi Pantai Sri Tujuh.

“Banyak aktiviti boleh dilakukan dan Pantai Sri Tujuh yang terkenal sebagai lokasi festival wau antarabangsa suatu ketika dahulu masih dibuka kepada awam dan ramai peniaga makanan laut masih berniaga di situ,” katanya

Pengunjung yang memancing di Maena Water Chalet bersama hasil tangkapan. Foto: Maena Water Chalet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022
Cahaya Mata Sat, 13 May 2023

Zaki Azeman & Raa Suzuran Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah Zaki & Raa dah jadi Daddy Mummy!

Events Sun, 29 Jun 2025

“Ada Yang Sapu Pada Muka & Masuk Dalam Plastik ” – Pengamal Syirik Ambil Tanah Kubur Nurly Shahirah

Terdapat segelintir pengunjung yang mengambil tanah kubur milik arwah.

Featured Wed, 13 Nov 2024

Tak Alami Alahan Teruk, Maryam Durian Kimchi Suka Makan Nasi Kandar – “Sebelum Ni Saya Tak Suka Makan Kari”

Sepanjang kehamilannya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sebaliknya gemar makan nasi kandar dan nasi kukus.

Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Featured Thu, 21 Oct 2021

Pernah Dibuli, Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Sering Buat Lawak Lucah

Isu gangguan seksual dan rogol kembali viral setelah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen yang melibatkan golongan artis ketika ini. Tidak ketinggalan juga apabila ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan bahawa dia pernah dibuli […]

error: Content is protected !!