Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 7, 2024 @ 7:16pm

“Konsert Muzik Harmony Setia Hanya 1 Malam Sahaja” – Hargai Peminat, Charly Setia Band Mahu Beri Persembahan Terbaik

Penyanyi kumpulan popular Indonesia Setia Band, Charly tidak bercadang menambah hari Konsert Muzik Harmony Setia walaupun timbul permintaan untuk mengadakan persembahan untuk malam kedua.

Menurut Charly atau nama sebenarnya, Charly Van Houten, dia mahu menjaga momentum persembahan dan memberikan yang terbaik bagi peminat yang selama ini memberikan sokongan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Redbar_Enterprise (@redbar_enterprise)

“Sekiranya ada permintaan untuk mengadakan persemabahan di malam yang kedua jika tiket konsert habis dijual, saya akan menolaknya. Sejujurnya, saya mahu konsert pada hari itu menjadi yang sangat istimewa dan dekat dengan peminat, jadi tidak mahu ada hari kedua.

“Dalam masa yang sama, saya juga mahu menjaga kualiti serta momentum persembahan agar tidak terjejas. Kalau diadakan pada hari kedua nanti, pastinya kekuatan tenaga saya tidak lagi sama dengan hari pertama,” katanya kepada XTRA.

Charly ditemui di sidang media Konsert Muzik Harmony Setia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, harga tiket menyaksikan konsert kumpulan Setia Band itu ditawarkan dengan kadar yang berpatutan.

Ia dilakukan sedemikian agar lebih ramai peminat dapat menyaksikan konsert yang bakal berlangsung pada 7 Februari depan bertempat di Megastar Arena Kuala Lumpur.

“Biarpun harga ditawarkan rendah dan boleh dikategorikan sebagai harga rahmah, kami tetap menjaga nilai eksklusif Charly.

“Kami memang mahu semua peminat dapat menonton Charly kerana itu harga tiket ditawarkan pada harga mampu milik.

“Setakat ini sebanyak 40 peratus tiket sudah terjual dan kami yakin tiket akan habis dijual,”katanya.

Harga tiket bagi menyaksikan Konsert Muzik Harmony Setia dijual pada harga serendah RM89 hingga RM199.

Konsert Muzik Harmoni Setia yang bakal menampilkan Charly bersama Peppeng, bekas pemain gitar ST12 dan beberapa artis undangan istimewa bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 7 Februari 2025.

Dapatkan tiket Konsert Muzik Harmoni Setia di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Putus Asa Dalam Hidup? Lirik ‘Bangun’ Nyanyian Aman RA Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda

BUDAK FLAT menceritakan kehidupan seorang pemuda yang cuba menjalani hidup di kotaraya pesat. Ia merupakan lagu motivasi agar terus BANGUN dan sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita bekerja keras.

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Hiburan Tue, 28 May 2019
Trending Fri, 8 Mar 2019

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!

Featured Sat, 17 Sep 2022
#ThrowbackXTRA Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Sudah Bergelar Bapa, Uniknya Nama Anak Baim Wong!

Tahniah Baim Wong & Paula atas kehadiran cahaya mata sulung!

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Ibarat ‘Langit & Bumi’, Sarah Suhairi Nafi Tiru Suara Idola?

Penyanyi berusia 18 tahun ini menjadikan Dayang Nurfaizah sebagai idolanya sejak dulu lagi. Tapi betul ke suara dorang sama ya. Anda rasa bagaimana?

error: Content is protected !!