Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 30, 2024 @ 5:51pm

CSOIAM: “Jurang Markah Juri Tak Banyak… Ada Yang Layak Ke Peringkat Seterusnya Tapi Tersingkir” – Yusry Abdul Halim

Penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan jurang markah antara peserta Top 14 Calpis Soda One in A Million (CSOIAM) yang bersaing di minggu kedua malam tadi adalah tidak terlalu banyak.

Menurut Yusry, dia dan barisan juri tetap lain iaitu Ziana Zain dan Cakra Khan terkejut dengan keputusan minggu kedua yang menyingkirkan empat peserta iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat.

Namun begitu, pihak juri hanya memberikan 60 peratus markah manakala baki 40 peratus markah lagi adalah berdasarkan undian penonton CSOIAM.

“Kami terkejut dengan keputusan sebab saya sempat menjenguk markah juri yang lain. Markah sebenarnya tidak banyak jurang namun penentunya adalah undian penonton walaupun mempengaruhi 40 peratus.

“Ada peserta yang terkeluar sebenarnya layak ke peringkat seterusnya dan perkara sebaliknya kerana ada peserta yang lemah. Namun begitu, format pemarkahan yang terbahagi antara 60 peratus dan 40 peratus membuatkan penyingkiran mereka yang layak ke peringkat seterusnya berlaku,” katanya.

Tambah Yusry, barisan juri di minggu ketiga akan bertindak lebih tegas dalam memberikan markah peserta berikutan peratusan undian yang banyak mempengaruhi keputusan penyingkiran.

“Sejujurnya, keseimbangan yang ada pada setiap persembahan mereka lebih kurang sama, kita tambah tolak markah mereka daripada pelbagai kriteria.

“Jurang yang jauh adalah undian daripada peminat. Jadi mungkin pada minggu hadapan kami perlu lebih ‘brutal’ dari segi pemarkahan supaya suara juri lebih didengari,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Untuk konsert ketiga yang bakal bersiaran minggu depan bertemakan ‘Rasa Paling Indah’, 10 peserta iaitu Kai Deva, Alya Mardien, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Maryam Grace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah akan mara merebut hadiah RM1 juta.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jan 2021

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Keputusan BPR semakin hampir, jom semak syarat kelayakan memohon sekarang!

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Featured Fri, 20 Aug 2021

Agong Perkenan Lantik Ismail Sabri Perdana Menteri Ke-9

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, […]

Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Trending Thu, 17 Sep 2020

Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Semoga yang baik-baik sahaja buat abang Fedtri Yahya

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]

error: Content is protected !!