Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 9, 2025 @ 7:32pm

Dari Luka ke Reda, ‘Dendam’ Kisah Hati Firdaus Rahmat

Penyanyi dan komposer berbakat, Firdaus Rahmat, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Dendam, sebuah balada penuh emosi yang menyelami pergolakan hati antara marah, kecewa dan keikhlasan.

Menariknya, melodi dan lirik lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Firdaus sendiri, menjadikan Dendam sebuah karya peribadi yang sarat makna dan dekat di hati pendengar.

Dengan susunan muzik yang segar serta lirik yang menyentuh, lagu ini membawa mesej mendalam tentang perjalanan seorang insan melepaskan dendam lalu menemui keinsafan dan ketenangan jiwa.

“Dendam adalah keinginan membalas perbuatan buruk orang terhadap kita, namun akhirnya kita sedar hanya Tuhan yang berhak menentukan penghakiman sebenar,” ujar Firdaus yang turut bertindak sebagai komposer lagu ini.

Berbeza daripada karya terdahulu, Dendam memperlihatkan kematangan vokal dan keberanian Firdaus bereksperimen dengan gaya penyampaian yang lebih mendalam.

“Lagu ini menuntut kekuatan dari segi lontaran dan kawalan emosi. Sebagai penyanyi yang jarang mendendangkan balada sebegini, saya perlu mencari keseimbangan antara ton suara dan perasaan agar mesej lagu benar-benar sampai,” katanya.

Menurut Firdaus, proses pembikinan lagu mengambil masa sekitar dua minggu manakala rakaman disiapkan dalam tempoh tiga jam  satu sesi yang disifatkannya cukup intens dan penuh emosi.

“Saya sempat berhenti seketika di pertengahan rakaman kerana tenaga dan jiwa yang diperlukan sangat berat. Tapi saya teruskan juga, sebab saya mahu lagu ini disampaikan dengan jujur dan sepenuh hati,” tambahnya.

Mengangkat tema pergelutan antara dendam dan keinsafan, karya ini mencerminkan realiti kehidupan ramai keinginan membalas perbuatan orang lain namun akhirnya memilih reda dan menyerah pada takdir Ilahi.

Lebih istimewa, Dendam turut dipilih sebagai runut bunyi (OST) bagi drama bersiri Takdir Cinta Terlarang yang kini menghiasi slot Akasia TV3.

Lagu ini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital termasuk Spotify dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Hiburan Thu, 17 Oct 2019
Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Featured Tue, 30 May 2023
Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Featured Tue, 22 Jul 2025

 Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

Ismanira memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen individu seperti penagih dadah atau pedofilia.

error: Content is protected !!