Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 31, 2026 @ 5:59pm

Dedikasi Untuk Kaum Hawa Yang Tak Pernah Putus Asa, Azharina Terima Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Penyanyi Azharina Azhar terus mengukuhkan pengaruhnya apabila tersenarai sebagai penerima Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap kepimpinan, ketabahan serta sumbangannya dalam memperkasakan wanita dan komuniti. Majlis berprestij itu diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh tetamu kehormat, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan BCM.

Menariknya, Azharina menjadi satu-satunya wakil dari industri seni yang menerima anugerah berkenaan, sekali gus membuktikan bahawa figura hiburan juga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

Dalam ucapannya, Azharina meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diterima, selain menitipkan kata-kata semangat kepada golongan wanita.

“Pengiktirafan ini sangat bermakna buat saya. Kepada semua wanita, jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha dan kekal kuat walaupun berdepan cabaran. Setiap langkah yang kita ambil sebenarnya membawa nilai dan membuka ruang kepada sesuatu yang lebih besar,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur, IKSnita, pasukannya di Azharina Entertainment, pereka fesyen Nik Hafiz dan Anaff Maspur, jurusolek Ashy Reef serta peminat setia yang dikenali sebagai Azharina Angels.

Tidak ketinggalan, dua anaknya, Rahmat dan Redha, yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Azharina Julang Suara Wanita Di Peringkat Serantau, Wakili Anak Seni Dalam 1st ASEAN Women’s Conference

Sebelum ini, Azharina juga pernah dipilih sebagai panel dalam ASEAN Women’s Conference on Best Practices (AWCOBP) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai figura wanita berpengaruh di peringkat serantau.

Pengiktirafan yang diterima ini dilihat sebagai pemangkin untuk Azharina terus menyumbang secara positif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

Menurutnya, kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian peribadi semata-mata, tetapi juga tanggungjawab untuk memberi inspirasi dan membawa pengaruh baik kepada orang lain.

“Saya berharap pengiktirafan ini dapat memberi keyakinan kepada wanita untuk terus melangkah ke hadapan, berani mengejar impian dan tidak mudah menyerah kalah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Klinik Bantu Buat Rawatan Gigi, Zahnita Wilson Menangis Kegembiraan

Zahnita Wilson menangis buat treatment gigi

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

‘Selingkuh’ Jadi Pengubat Luka, Jimi Luah Keberanian Melepaskan Cinta Palsu

Jimi tampil dengan lagu penuh keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi tulus.

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Tak sabar nak tengok Elfira jadi ibu!

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

FARID KAMIL DEDAH TIGA RAKAN ARTIS TERLIBAT KES DADAH BELIAU?

Farid turut memberitahu beliau bukan sahaja diberikan minuman yang mengandungi bahan terlarang tersebut, malah turut diberikan rokok yang bersalut sejenis cecair

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Mentaliti Pengotor

Siapa tidak sedih dan kecewa, kalau tempat yang pernah memberi ketenangan, kini penuh sampah sarap dan bunyi bising lagu dangdut. Perasaan itulah diluahkan pelakon jelita, Tiz Zaqyah di Twitternya selepas melawat pulau pelancongan popular Langkawi, minggu […]

error: Content is protected !!