Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin August 11, 2018 @ 9:00am

Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalurkan Gemilang?

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, setiap pemilik premis atau peniaga di Kuantan akan dikenakan denda sebanyak RM250 jika gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang pada 1 Ogos sehingga 16 September depan.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Izad Zainal Muhammad Safian berkata arahan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang telah termaktub dalam terma lesen MPK.

Menurutnya, notis pekeliling tersebut sudah dikeluarkan oleh pihak mereka sejak bulan Julai yang lalu.

Foto: WZWH

“Oleh itu, kami menasihati pemilik premis perniagaan untuk mengibarkan bendera dan perlu memastikan bendera tersebut dalam kedaan baik, tidak koyak atau pudar.

“Kami berharap arahan tersebut diterima oleh peniaga untuk menghidupkan sambutan Hari Kebangsaan ke-61,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, langkah itu juga adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Lagi bagus jika semua negeri pun buat macam ni kan? Barulah bulan kemerdekaan kita tahun ini meriah!

Sumber: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 11 Sep 2018

Para Ibu Segera Amalkan Petua Ini Agar Si Suami Kembali Memuji Anda!

Perubahan tona kulit di sekitar Miss V atau kelengkang wanita bertukar menjadi sedikit gelap selepas bersalin, adalah satu keadaan yang normal.

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Memang Cool Habis Koleksi Perabot Rekaan Lenny Kravitz, Se’cool’ Orangnya!

Kravitz mengekspresi bakat beliau dalam dunia hiasan dalaman, produk yang terhasil menjadi glamor dan penuh gaya.

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Gaya Hidup Mon, 21 Jul 2025
Featured Sun, 12 Apr 2020
Featured Sun, 19 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018
Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
error: Content is protected !!