Euforia Bola 2026
Program TV By: Padin April 21, 2023 @ 11:30am

‘Detik 12 Malam’ Bawa Kisah Seram Raya Ini

Sambutan perayaan sememangnya penuh dengan keriangan. Namun, dalam kegembiraan itu, ada juga yang mengalami pengalaman menyeramkan.

‘Detik 12 Malam’ kembali dengan kisah-kisah mistik dialami tatkala menjelmanya hari raya. Ia pasti akan meremangkan bulu roma anda!

Kali ini, ‘Detik 12 Malam Raya’ tampil dengan durasi yang lebih panjang. Ia kini 1 jam berbanding 30 minit. Menurut Azmi Jamsari, pengacara rancangan ini, “Bila kita panjangkan bahagian penyiasatan dan penceritaan itu, ia lebih mendalam. Jadi kepuasan tu, insya-Allah, penonton akan dapat seperti mana yang pernah diminta pada episod-episod ‘Detik 12 Malam’ sebelum ini.”

Edisi khas ‘Detik 12 Malam Raya’ ini bakal membawa penonton ke sebuah lokasi yang telah lama ditinggalkan dek kes kematian yang berlaku. Selain itu, perkhidmatan rawatan alternatif bagi perkara yang melibatkan sihir juga akan diketengahkan.

Azmi juga berkongsi lebih lanjut tentang inti pati ‘Detik 12 Malam Raya’ kali ini. Katanya, terdapat satu episod di mana ‘unboxing’ dijalankan.

“Kita ‘unboxing’ satu botol yang dikatakan terperangkapnya satu jin yang menyerupai nenek tua bongkok. Botol tersebut dijumpai dalam sebuah rumah lama dan dikatakan mengganggu penghuni yang datang menyewa. Pemilik asalnya dah meninggal dunia.”

Tambahnya lagi, “Kalau nak tahu apa yang terjadi ketika kita unboxing, kena saksikan ‘Detik 12 Malam Raya.”

Bagi peminat kisah mistik, ini adalah rancangan wajib tonton!

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Cerita Apa? ‘Detik 12 Malam Raya’
Hari Apa? 23 April 2023 dan 30 April 2023
Jam Berapa? 11 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Featured Fri, 3 Oct 2025

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di International Drama Awards 2025

Anna Jobling julang nama Malaysia di majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025

Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Kontroversi Video L*cah, Adam Mika Bakal Berhenti Berlakon?

Kepada semua penyebar fitnah,  semoga anda dapat balasan – Bapa Adam Mika

Featured Fri, 20 May 2022
error: Content is protected !!