Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 25, 2022 @ 4:42pm

“Saya Masih Belajar…” – Nelydia Senrose Tak Mahu Berhijrah Secara Drastik

Pelakon terkenal Nelydia Senrose mendedahkan dia kini sedang mempelajari dan mendalami ilmu agama.

Tegas Nelydia, dia tidak mahu mengambil langkah yang terlalu drastik dalam proses penghijrahan ini.

Nelydia mendedahkan dia tidak berani mengulas berlebihan mengenai penampilan baharunya itu kerana merasakan dirinya masih dalam proses pembelajaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Pelakon drama bersiri Spa Q ini turut menggambarkan perjalanan hijrahnya seperti kanak-kanak yang baru hendak mula berjalan.

“Saya mahu menjalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.

“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam…bimbang lemas.

“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu turut mengakui kunjungannya ke Arab Saudi adalah satu permulaan yang baik untuk dirinya belajar berhijab.

“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.

“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Sementara itu, Nelydia tidak menafikan dia diburu rasa bimbang andai suatu hari nanti hatinya berbolak balik untuk terus kekal istiqamah dalam perjalanan hijrahnya itu.

“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Jun 2018

19岁雀斑妹粉丝破百万!每天晒名牌 自爆「我不是人」

加州19岁网红蜜葵拉在IG上拥有120万粉丝,然而,她4月时坦承「我不是人类,我是一个机器人。」

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Fri, 24 Mar 2023

Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

‘Saya tak nak berdamai. Enough is enough!’ – Puteri Sarah.. Apapun min doakan moga segalanya dipermudahkan ya 😢❤️

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tahniah! Antara Momen Indah Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Bersama Baby J

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noornabila akhirnya menerima zuriat sempena ulangtahun ke- 33 Sharnaaz. 

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Thu, 14 Feb 2019

Fly FM Cancels Krappi Call!

It’s the end of a legendary era but more fun stuff are coming your way!

error: Content is protected !!