Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2025 @ 4:53pm

“Dia Bukan Seperti 10 Bulan Lalu” – DJ Sonic Dedah Fazura Tak Akan Berdiam Diri Berdepan Buli Siber

Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mencuri tumpuan apabila mendedahkan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tidak akan berdiam diri sekiranya dirinya berdepan tuduhan keterlaluan sehingga menjatuhkan maruahnya.

Menerusi perkongsian di Threads, DJ Sonic atau pemilik nama sebenar, Awang Suffian Awang Hussein, 46, berkata Fazura kini lebih matang berbanding 10 bulan yang lalu.

“Sama-sama beringat, Fazura bukan yang dulu. Kalian nak cakap buruk, dia diam dan sabar.

“Tetapi selepas 10 bulan berlalu, dia kembali. Jika penulisan anda itu menimbulkan fitnah, tidak benar, buli siber dan jatuhkan maruah dia, memang dia akan ambil tindakan.

“Jangan sampai suami atau ahli keluarga anda mesej kami minta padam setiap respons daripada pihaknya. Fikir sebelum meninggalkan komen,” katanya.

Sebelum ini, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini turut mengakui dirinya trauma untuk bekerja dengan individu talam dua muka.

Artikel Berkaitan: Fazura Trauma Bekerja Dengan Individu ‘Talam Dua Muka’ – “Luaran Seperti Pijak Semut Tak Mati Tapi Sebenarnya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Malique buat kejutan kini muncul di media sosial selepas lama ‘menghilang’

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Ini Janji Mark Zuckerberg, Facebook Lakukan Proses ‘Pembersihan’

Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk menyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Alahaiii, kesian Elisya! Tak apa its not too late untuk belajar lebih dalam lagi kan 🥰 Ibu mentua pun hebat dalam memasak 🥰

Hiburan Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Digelar Pembawa Bala Oleh Netizen? Ini Respons Baby Shima

Allahu tak baiknya cakap macam tu.. Siapa lah kita untuk menghukum? 😔

error: Content is protected !!