Euforia Bola 2026
Featured By: Padin May 26, 2025 @ 4:32pm

Dibanjiri 12,000 Peminat Di Arena Indonesia, “Here I Am” Jadi Momen Terindah Rossa… Peminat Malaysia Tak Sabar Tunggu Konsert Di Axiata Arena 14 Jun Ini!

Konsert solo berskala besar Datuk Seri Rossa, Here I Am bukan sahaja menandakan hampir tiga dekad perjalanan seninya, malah menjadi detik paling bermakna buat penyanyi tersohor itu.

Konsert ‘sold-out’ yang diadakan di Arena Indonesia, Senayan, Jakarta pada Jumaat lalu ini dihadiri 12,000 peminat yang berhibur bersama rangkaian 30 lagu hit yang disampaikan oleh Rossa.

Dalam satu hantaran Instagram terkininya, Rossa meluahkan perasaan syukur dan bangga terhadap karya seni yang dibina bersama pasukan hebat di sebalik tabir.

“Konsert Here I Am akan menjadi momen terindah yang akan aku ingat sampai bila-bila,” tulis Rossa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Bagi Rossa, konsert bukan sekadar persembahan, tetapi satu bentuk karya yang dibangunkan dengan sepenuh hati yang menggabungkan idea, imaginasi, tawa, air mata, keringat dan kerja keras.

Menurut pelantun lagu Aku Bukan Untukmu itu, segmen pembukaan konsert adalah bahagian yang paling penting.

Ia bukan hanya melibatkan aspek teknikal seperti muzik, pencahayaan dan visual yang memberi kesan mendalam, tetapi ia juga menjadi momen penting untuk menyampaikan mesej utama konsert kepada penonton.

Dalam hantaran sama, Rossa turut menjelaskan simbolik elemen-elemen visual utama dalam pembukaan persembahan.

Bunga, menurut Rossa, melambangkan dirinya yang telah ‘fully bloomed’ atau mekar sepenuhnya setelah 29 tahun dalam industri muzik.

“Saat ini aku bisa memperlihatkan keindahan karya-karya aku,” tulisnya lagi.

Sementara itu, lingkaran yang turut menjadi elemen utama visual melambangkan rasa keutuhan diri Rossa sebagai seorang artis dan wanita.

“Aku sudah merasa utuh sehingga aku bisa berdiri tegar mengatakan: Here I Am, inilah aku saat ini,” jelasnya.

Simbol lingkaran turut membawa maksud ‘infinite’ atau tidak berpenghujung dan ia melambangkan komitmen Rossa untuk terus berkarya tanpa henti.

Sebagai pembuka konsert, Rossa memilih lagu Tegar, ciptaan Melly Goeslaw yang merupakan karya pertama yang dihadiahkan kepadanya dan menjadi titik tolak kepada kekuatannya sebagai seorang anak seni.

Selain Tegar, deretan lagu hit Rossa dipersembahkan pada malam itu Aku Bukan Untukmu, Atas Nama Cinta, Terlalu Cinta, Sakura, Pudar dan banyak lagi. Akhirnya, penonton dihiburkan dengan lagu Hey Ladies sebagai tanda penutup konsert.

Konsert ‘Here I Am’ juga menampilkan kolaborasi istimewa dengan beberapa artis muda berbakat seperti Bernadya, Yura Yunita, Dipha Barus, kumpulan JKT48 dan bintang Indonesian Idol, Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla. Kehadiran mereka menambah warna dan dinamika kepada persembahan, mencerminkan semangat kolaborasi antara Rossa dan generasi baharu.

Melalui konsert ini, Rossa bukan hanya meraikan kejayaan karier seninya, tetapi juga mengetengahkan kekuatan, keteguhan dan cinta terhadap seni yang tidak pernah pudar dan ia benar-benar menzahirkan maksud sebenar ungkapan Here I Am.

Di ruangan media sosial, rata-rata peminat yang menghadiri konsert terbabit menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dapat menghadiri konsert terbabit.

Rata-rata peminat Malaysia pula tidak sabar untuk menantikan kehadiran Rossa untuk Konsert Here I Am Malaysia di Axiata Arena pada 14 Jun ini.

Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production, konsert ini turut mendapat kerjasama promosi dan pemasaran daripada Sah Entertainment, serta sokongan Usanita Entertainment sebagai penaja utama.

Untuk makluman, harga tiket konsert Here I Am bermula dari RM228 (Festival) hingga RM788 (Diamond Center), tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran. Pemegang kad Maybank layak mendapat diskaun 8% (kad kredit) dan 5% (kad debit).

Dan, tiket boleh didapati melalui laman web rasmi www.ticket2u.com

Untuk pembelian tiket korporat, sila hubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau emel [email protected].

Sekadar info, selain Malaysia, konsert Here I Am juga akan diadakan di Indonesia dan Singapura, dengan lokasi Malaysia di Axiata Arena pada 14 Jun 2025, manakala konsert di Singapura dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Selebriti Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Featured Thu, 12 Jun 2025

Kes Saman Fitnah Babitkan Zarina Anjoulie & Fara Mendoza, Mahkamah Keluar Perintah Larangan Bersuara

Mahkamah memerintahkan gag order untuk kedua-dua selebriti berkenaan.

Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Untung dapat suami penyayang dan sangat bertanggungjawab

Featured Fri, 26 Jun 2020

Ketahui jumlah kalori dan lemak setiap bahagian potongan ayam

Pilih bahagian yang beri nutrisi berkhasiat

Featured Thu, 11 Nov 2021

Gara-Gara Homestay Tiada Seterika, Suami Banggakan Isteri Guna Cerek Eletrik Untuk Ratakan Tudung

Tindakkan seorang suami ini melicinkan tudung isterinya menggunakan cerek eletrik mendapat pujian ramai di TikTok. Video pendek yang berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan suami kepada pemilik video bernama @eja2110 meratakkan kedut ditudung dengan melalukan […]

error: Content is protected !!