Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 3, 2020 @ 5:29pm

Didik anak bercuti sambil beramal

Percutian memang ditunggu oleh semua individu terutama apabila tiba musim cuti sekolah, ibu bapa tentunya akan merancang percutian khusus untuk seisi keluarga agar anak tidak bosan.

Bagi yang bernasib baik, mungkin destinasi luar negara menjadi pilihan untuk memanfaatkan cuti bersama keluarga, manakala bagi yang mempunyai bajet sederhana, destinasi dalam negara juga tidak kurang menarik.

Antaranya, anda boleh cipta percutian bermanfaat dengan membawa anak mengunjungi rumah anak yatim atau rumah kebajikan yang ada di sekitar Lembah Klang mahupun yang paling hampir dengan kawasan tempat tinggal anda.

Bawa anak bercuti ke rumah anak yatim, selain berhibur selit pengajaran kepada anak gambar hiasan. Foto: NSTP

Mungkin timbul persoalan bagaimana mahu bercuti di lokasi sebegitu yang dihuni anak-anak kecil dan tiada kolam mandi atau taman permainan kanak-kanak?

Sesi bercerita menjadi lebih menggembirakan sekiranya kanak-kanak diberi peluang ikut serta dalam sesi berkenaan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Intan Elliana Zakaria.

Hijab & Heels kongsikan bagaimana menjadikan percutian hujung minggu anda dan anak-anak menjadi sangat mengujakan sekiranya dihabiskan bersama kanak-kanak seusia dengan anak anda di rumah kebajikan.

1. Sediakan sedikit alatan permainan atau mewarna untuk dikongsikan oleh anak dan kanak-kanak yang menghuni di rumah kebajikan berkenaan. Tidak perlu banyak, mungkin anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan mengenai jumlah penghuni kanak-kanak dan berapa usia mereka agar dapat disediakan peralatan yang sesuai dan mencukupi.

2. Kanak-kanak biasanya lebih tertarik kepada permainan berbanding makanan jika kedua-duanya diletakkan di hadapan mereka. Sediakan makanan ringkas, tetapi mengenyangkan seperti sandwic, bun kelapa, kek dan air mineral sebagai alas perut sambil mereka melakukan aktiviti dengan anak anda. Jika mahu menyediakan nasi lemak atau mihun goreng, pasti lebih mengujakan. Sambil beraktiviti sambil makan, seronok!

3. Bawa buku untuk kanak-kanak yang sesuai dengan usia mereka. Anda sendiri boleh bertindak sebagai pencerita dan galakkan mereka bertanya atau ikut serta dalam sesi penceritaan berkenaan. Anak terhibur, kanak-kanak di situ juga terhibur sama.

4. Jika mempunyai perbelanjaan lebih, mungkin boleh menyediakan hadiah kecil seperti buku nota, alat tulis, berus gigi atau pun apa sahaja barang yang difikirkan sesuai untuk kegunaan mereka.

Buku boleh dijadikan hadiah sekiranya ingin berkunjung ke rumah anak yatim – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Percutian sebegini tidak memerlukan perbelanjaan besar atau bersusah payah menempah tiket penerbangan, hanya perlu memandu sendiri ke lokasi yang dipilih.

Apa yang perlu dilakukan ialah hubungi pihak pengurusan rumah kebajikan untuk janji temu dan selebihnya, beritahu anak kenapa anda memilih tempat sebegitu.

Pasti anak faham dan mereka boleh belajar sesuatu kerana jiwa kanak-kanak biasanya tulus dan lurus. Sediakan mereka kegembiraan, namun pada masa sama didik mereka sesuatu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022

Diminta Hadiahkan Set Kain Kapan Untuk DSV, Cik B Bidas Kritikan Netizen – “Kesian? Lol Saya Bertuah Dapat Ibu Macam Mama”

Betul lah kata Cik B tu kita tak boleh terus judge seseorang sebab satu kesalahan yang dibuat 😊

Featured Tue, 7 Jan 2025

Nonny Nadhirah Buat Hal Lagi! Tampil Pakai Baju Dalam Hitam & Nyanyi Lagu Arab

Nonny memaklumkan dia juga mahu belajar bahasa arab menerusi lagu tersebut.

Featured Tue, 3 Jun 2025

“Moga Jadi Ladang Pahala Buat Semua” – Amar Baharin Selesai Agih Wang Infak Di Madinah

Amar Baharin meluahkan rasa syukur apabila selesai mengagihkan makanan hasil wang infak yang diterimanya.

Featured Thu, 17 Apr 2025
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Allahyarhamah Adibah Noor seorang selebriti yang sangat serba boleh ☺️🥰 “Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini” – Sherry Alhadad

error: Content is protected !!