Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 9, 2021 @ 4:37pm

Dilamun Cinta Dengan Model Kacak Beragama Islam, Agnes Monica Bakal Jadi Mualaf?

Penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica didakwa bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Adam Rosyadi, seorang jejaka beragama Islam.

Berikutan itu, ramai yang tertanya mengenai status agama yang bakal dianuti oleh penyanyi kini dikenali dengan nama Agnez Mo itu selepas mendirikan rumah tangga.

Ada yang berpendapat Agnes akan memeluk agama Islam dan ada juga yang berkata bakal suaminya itu nanti akan mengikuti kepercayaan Agnes yang beragama Kristian.

Terdahulu, status agama penyanyi ini pernah menjadi persoalan ramai warganet di Indonesia apabila tular beberapa keping fotonya yang disunting dengan memakai hijab di laman sosial.

Difahamkan, di negara Indonesia, pasangan yang berbeza agama dibenarkan berkahwin tanpa perlu menukar agama mereka.

Sehingga kini, Agnes tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut dan menganggap bahawa peminat mempunyai kebebasan dan pendapat masing-masing untuk bersuara mengenai selebriti kesayangan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

988与八度空间《88贺岁Live Fun添》携手共庆新年!斗智斗勇大比拼

988与八度空间「破天荒」首度携手共庆新年,一众DJ、艺人提早向全马朋友拜年!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bakal Bergelar Ibu, Tahniah Ummi Nazeera!

“ Ya, saya hamil empat bulan satu minggu,” kata Ummi di Majlis Pelantikannya sebagai Duta Adavecosmetics di Suka Sucre Bistro, sebentar tadi.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Thu, 7 May 2026

“RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Fatin Afeefa memberi pesanan kepada netizen untuk berhenti berbalah berhubung isu nafkah anak perempuannya, Ivy Hera Sophia. 

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
LIFESTYLE Mon, 26 Mar 2018

Apa Perlu Dibuat Bila Gaji Rendah Tapi Nak Menabung?

Lebih-lebih lagi jika gaji awak dalam kategori rendah, beringat ya wak! Sampai bila nak ada sikap menunggu gaji masuk, ye tak? Kami kongsikan tips cara menyimpan duit bagi korang yang bergaji sederhana atau rendah…

error: Content is protected !!