Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 27, 2019 @ 1:52pm

Diserang Mild Stroke, Doakan A Galak…

Produser filem, Datuk Yusof Haslam memberitahu rakan baiknya yang juga pelakon A Galak, 78, disahkan mengalami ‘mild stroke’.

A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad sudah tiga hari menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Yusof berkata, A Galak menghubunginya sekitar jam 3 pagi pada Jumaat lalu dan pada hari yang sama dia memandu sendirian ke pejabat Skop Productions dalam keadaan tidak bermaya.

“Staf di Skop Productions yang melihat keadaannya ketika itu terus membawa dia ke klinik berdekatan untuk diperiksa dan kemudiannya terus dihantar ke hospital,” katanya.

Selepas beberapa hari dirawat di HKL, kesihatan pelakon itu semakin pulih tetapi doktor menasihati supaya tidak banyak bercakap.

Doktor mendakwa, serangan ‘mild stroke’ itu disebabkan A Galak terlupa makan ubat kolestrol seperti biasa dan difahamkan sudah dua minggu sejak awal Ramadan, dia tidak mengambil ubat itu.

“Walaupun mengalami serangan ringan tetapi untuk pulih seperti biasa akan mengambil masa beberapa bulan,” katanya.

Yusof turut memberitahu syarikatnya akan menanggung kos rawatan sepenuhnya pelakon yang sangat dikenali dengan jolokan Sarjan Misai dalam drama rantaian kepolisian Gerak Khas itu.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Tutup Saja Telefon…” – Jojo Ghazali Kongsi Cara Hadap Buli Siber, Anggap Media Sosial Punca Kemurungan

Menurut Jojo, ramai beranggapan dirinya tidak mudah terkesan dengan apa jua komen yang dilemparkan kepadanya.

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rangkaian Televisyen Media Prima Rangkul 17 Trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Tahniah Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkul 17 trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

BRONT PALARAE JADI ORANG YAHUDI?

Selepas Kejayaan filem Pengabdi Setan, nama Bront Palarae sudah tidak asing lagi dikalangan peminat Malaysia mahupun Indonesia

error: Content is protected !!