Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 13, 2024 @ 7:51pm

Kisah Mempelai Lari Yang Viral Ketika Akad Nikah Menjadi Plot Drama Bersiri ‘Pengantin Pasti Jadi’ Di Slot Lestary TV3

Tragedi pengantin lari jadi viral! Terbaharu di slot Lestary, drama Pengantin Pasti Jadi membawakan gandingan dua pelakon baharu berbakat besar, Ali Reza dan Asha Merican yang memegang watak utama.

Drama ini mula bersiaran bermula 11 Julai 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Untuk penonton yang ingin menonton lebih awal, episod baharu boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Pengantin Pasti Jadi mengisahkan perjalanan hidup Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka.

Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim (Lana Nordin) ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.

Dek kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi “Pengantin Tak Jadi” ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang.

Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian tersebut, mereka bertemu buat pertama kali. Sejak dari pertemuan pertama mereka telah mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung.

Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.

Walaubagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman (Shyrim Husni) ayah kepada Nureen melibatkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya.

Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat sebulat suara daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan penulis Nieza Nahar. Pengantin Pasti Jadi menampilkan barisan pelakon hebat dan berbakat seperti Ali Reza, Asha Merican, Daniesh Suffian, Riesha Aslan, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Lana Nordin, Khaty Azian, Shyrim Husni dan ramai lagi.
Jangan ketinggalan untuk menonton Pengantin Pasti Jadi menerusi slot Lestary bermula 11 Julai 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 15 Feb 2018

INI ANTARA MESEJ PERPISAHAN ELFIRA DAN SUFIAN

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu ini, mula mempunyai masalah apabila saling tidak mengikuti akaun instagram masing-masing

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kris Wu Releases New Single and Returns to The Rap of China

Rap of China will be coming to Malaysia too!

Featured Tue, 18 May 2021

Kerajaan Digesa Lakukan ‘Total Lockdown’ Di Selangor & Kuala Lumpur

Berikutan kes COVID-19 yang  semakin menunjukkan trend peningkatan, kerajaan digesa melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor dan Kuala Lumpur. Menurut Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) […]

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Intan Najuwa Bakal Timang Anak Kedua – “Lunara Is Going To Be A Big Sister”

Tahniah Intan Najuwa, sedang hamil dan bakal timang anak kedua!

Trending Mon, 14 Jun 2021

Kaji Semula SOP Jika Kes Harian Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri

Hurmmm.. korang rasa OK ke nak longgarkan semula SOP????

error: Content is protected !!