Drama By: Afiqah Azizan May 29, 2023 @ 10:50am

Aiman Wynne Berkongsi Pengalaman Menjayakan ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan mampu mengakibatkan kesan yang tidak diduga.

Drama slot Sakura terbaharu yang berjudul ‘Kampung Mat Saleh’ memaparkan kisah si ‘office boy’ yang bernama Faizal.

Susuk fizikal Faizal seperti orang Inggeris walaupun dia sebenarnya anak jati Kelantan. Pada suatu hari, Faizal telah ditugaskan untuk menghantar satu dokumen penting ke negeri Kedah. Ia adalah penghantaran yang perlu diselesaikan dengan segera.

Namun, dalam perjalanannya ke negeri Jelapang Padi itu, Faizal terlibat dalam sebuah kemalangan. Lebih malang, kepalanya telah terhentak di sebuah batu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Nasir Wynne (@aimanwynne)

Faizal telah ditemui dalam keadaan terbaring di tepi sawah oleh penghulu kampung yang bernama Ali. Penghulu kampung tersebut telah membantu Faizak agar dia menyedarkan diri.

Namun, apabila dia sedar, Faizal telah hilang ingatan. Dia tidak lagi bertutur dalam dialek Kelantan yang pekat. Kini, dia hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan Penghulu Ali beranggapan bahawa Faizal ada seorang Mat Saleh.

Faizal telah diberi nama Saleh oleh Penghulu Ali. Dia telah membawa jejaka ini pulang ke rumahnya untuk berubat. Anak perempuan Penghulu Ali yang bernama Zana juga menghulurkan bantuan bagi Saleh agar dia dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Kisah komedi ini dijayakan dengan penglibatan barisan pelakon yang hebat. Hal ini merupakan faktor utama yang menarik minat pelakon utamanya, Aiman Wynne, untuk menerima tawaran memainkan watak Faizal/Saleh. Tambahnya lagi, “Jalan cerita yang sangat kelakar membuatkan Aiman sendiri sebagai pelakon tertarik untuk baca skrip sampai habis semasa dapat tawaran.”

Aiman turut mengakui bahawa pengalamannya membawa watak Faizal adalah mencabar. “Ini kerana, penggambaran drama ini ialah pada tahun lepas. Pada waktu itu, Aiman masih lagi dalam proses untuk belajar menggunakan Bahasa Melayu dengan fasih. Watak Faizal juga watak pertama Aiman di kaca TV, jadi tekanan untuk menjayakan watak ini dengan baik amat terasa,” terangnya.

Namun, cabaran yang dihadapinya tidak menjadi penghalang untuk Aiman menikmati detik-detik penggambaran. Antara yang paling tidak dapat dilupakannya adalah sewaktu menjalankan babak kemalangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Nasir Wynne (@aimanwynne)


“Aiman rasa amat teruja ketika menjalankan babak tersebut kerana Aiman dapat membuat sedikit ‘action scene’. Babak aksi memang merupakan antara babak yang Aiman ingin lakukan sebagai seorang pelakon, jadi Aiman amat teruja ketika diberi peluang menjayakan sendiri babak sedemikian.”

Pelakon muda ini juga mengajak orang ramai untuk menonton drama ‘Kampung Mat Saleh’ kerana “…ia merupakan sebuah karya yang sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Babak-babak interaksi sesama orang kampung juga amat dekat dengan para penonton jadi karya ini sesuai untuk ditonton sambil meluangkan masa bersama ahli keluarga.”

Cerita Apa? ‘Kampung Mat Saleh’
Hari Apa? Setiap Isnin-Khamis
Jam Berapa? 6 petang
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Drama Mon, 30 Jan 2023
Drama Thu, 15 Jun 2023

Kenali Watak-Watak Utama Yang Menceriakan ‘Diva Seroja’

Setiap watak mempunyai kisah mereka tersendiri.

Drama Mon, 6 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Apabila tragedi hitam kembali menghantui.

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Drama Tue, 19 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Luruhnya Bunga Cinta’

Persengketaan antara dua gadis.

Drama Thu, 26 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Banyak tanggungjawab Cik Lang Swe ni.

Drama Wed, 22 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Serpihan Sayang’

Penyakit postpartum psikosis bukan perkara biasa.