Drama By: Afiqah Azizan January 30, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bukan Lelaki Terhebat’

Siri drama ‘Bukan Lelaki Terhebat’ merupakan adaptasi dari novel karya Dilla Ahmad yang juga mempunyai judul yang sama. Seperti kisah yang diterbitkan dalam bentuk penulisan itu, versi drama ini juga sarat dengan susunan peristiwa yang mengusik emosi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Watak-watak utama dalam kisah ini iaitu Jaden, Seri Dhia dan Ariana dimainkan oleh barisan pelakon yang mempesona. Ia juga menggandingkan pasangan pengantin baru iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina.

Jejaka berusia 28 tahun itu memegang watak sebagai Jaden yang merupakan seorang pengawal peribadi yang mengamalkan hidup bebas dan liar.

Masalah mula timbul apabila dia telah jatuh cinta dengan perempuan simpanan bosnya yang bernama Ariana yang dilakonkan oleh Anies Hann.

Mereka berdua telah merancang untuk melarikan diri untuk memulakan hidup bersama.

Tatkala perkara ini sampai ke pengetahuan bosnya, arahan telah dikeluarkan untuk menghapuskan Jaden dan Ariana.

Namun, nasib menyebelahi Jaden apabila dia diselamatkan oleh seorang gadis kampung bernama Seri Dhia yang dilakonkan oleh Sweet Qismina.

Seri Dhia telah menemukan Jaden yang tidak sedarkan diri di kebun getah bapanya dan membawanya pulang ke rumah.

Kedua-duanya mula rapat dan kemudian jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, keadaan menjadi kacau apabila Ariana yang dianggap sudah meninggal tiba-tiba muncul kembali.

Tidak dapat disangkal bahawa kisah hidup Jaden begitu penuh pancaroba. Setiap episod membangkitkan perasaan bercampur baur.

Cerita Apa? ‘Bukan Lelaki Terhebat’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 & Strim Langsung HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Drama Fri, 24 Feb 2023

Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bawa Watak Pesakit Postpartum Psikosis

Bukan senang nak bawa watak berat macam ni.

Drama Wed, 11 Mar 2020

| Live TV