Drama By: Afiqah Azizan August 9, 2023 @ 3:30pm

Janna Nick & Dini Schatzmann Kongsi Cabaran Berlakon Bersama Dalam ‘Cik PA Tuan Ash’

Drama Sakura terbaharu yang berjudul ‘Cik PA Tuan Ash’ mengetengahkan cabaran mencari jodoh. Ash membawa misi untuk ke jinjang pelamin sebelum usianya mencecah 30 tahun. Antara usahanya untuk memastikan misi ini tercapai adalah dengan menemui beberapa wanita yang berpotensi untuk menjadi teman hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Husna, pembantu peribadinya, telah banyak memberi bantuan untuk perkara ini. Dia telah memberi pelbagai tips mengenai hal cinta agar Ash lebih berdaya saing. Namun, hal percintaan bosnya itu juga telah menyebabkan kekusutan fikiran buat Husna.

Husna juga mempunyai hati dan perasaan. Hubungannya dengan Sam telah goyah dek gangguan daripada Ash yang sentiasa memerlukan bantuan Husna bagi hal peribadinya. Akhirnya, gadis ini telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Namun, tanpa sedar, Ash juga telah mula jatuh hati terhadap Husna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Pengantin baru, Janna Nick dan Dini Schatzmann, telah berkongsi kisah mereka membawa watak utama dalam siri ini. Kedua-dua mereka telah tertarik dengan elemen komedi yang ditampilkan dalam siri ini.

Menyentuh tentang pengalaman bekerja dengan pasangan sendiri, Janna dengan nada bergurau menyatakan bahawa ia “Stressful!” Namun, terangnya, “Stress yang seronok kerana kami sentiasa ingin lakukan yang terbaik untuk kami berdua.” Dini juga menyatakan sentimen yang sama. “Dari segi peribadi, ia rasa seronok sebab dapat luang masa bersama,” ujar jejaka berusia 28 tahun itu.

Dia juga mengakui bahawa terdapat cabaran tersendiri dari aspek profesional. “Janna Nick dah lama berlakon dan saya masih baru. Jadi, sebagai orang baru saya terima teguran untuk memperbaiki lakonan,” katanya. Namun, dia menghargai detik penggambaran di Bukit Fraser. “Ia rasa seperti percutian mini bersama Janna dan seluruh kru.”

Menurut Janna, siri ‘Cik PA Tuan Ash’ ini wajib ditonton kerana ia “Drama yang ringan, santai, kelakar, comel dan mempunyai jalan cerita sangat menarik. Ia juga di bawah arahan pengarah hebat Shuhaimi Lua dan barisan pelakon yang beat seperti Jaafar Onn, Raja Azura dan Alvin Chong.” Dini pula menyatakan bahawa “Ia bukan siri komedi romantik yang biasa. Ia sangat kelakar dan mempunyai skrip yang mantap.”

Cerita Apa? ‘Cik PA Tuan Ash’
Hari Apa? Setiap Rabu & Khamis
Jam Berapa? 6.00 pm
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

Drama Wed, 28 Jun 2023
Drama Thu, 10 Aug 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Rajuk Karina’

Karina bangkit mencari kebahagiaan.

Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Wed, 6 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tumpat Berdarah’

Permusuhan yang berlarutan.

Drama Fri, 15 Dec 2023