Drama By: Afiqah Azizan December 15, 2022 @ 6:08pm

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

‘Budak Tebing 3’ akan menemui anda di kaca televisyen tidak lama lagi. Musim baharu ini yang diarahkan oleh Nizam Zakaria membawa jalan cerita segar dengan kemunculan watak-watak baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Kenali barisan pelakon baharu yang akan menyertai siri televisyen ini.

Nabil Aqil sebagai Kylo

Nabil Aqil atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, telah melebarkan sayapnya ke dunia lakonan. Jejaka tampan berusia 24 tahun ini mempunyai pengalaman membintangi siri drama ‘Ku Punya Hati’.

Dalam ‘Budak Tebing 3’, Nabil Aqil membawa watak sebagai Kylo, seorang pemuda dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidupnya. Dia telah meminta bantuan daripada Tongki. Namun, keadaan menjadi tidak seperti yang diharapkan apabila dia menjadi saksi satu kejadian pembunuhan. Budak Tebing juga tidak dapat menerima kehadirannya terutamanya Arif.

Nia Atasha sebagai Husna

Nia Atasha atau juga dikenali ramai menerusi nama ‘SleepyIllama’ merupakan seorang model dan pelakon. Anak jati Kuala Lumpur ini juga merupakan pemegang ijazah jurusan Rekaan Grafik di Universiti Tekonologi MARA kampus Seri Iskandar, Perak.

Nia Atasha membuat kemunculan sebagai watak Husna dalam musim baharu Budak Tebing. Husna adalah seorang pelabur yang berminat dengan perniagaan mencuci kereta oleh Arif dan mereka mula berkenalan dengan lebih rapat. Arif tertarik dengan karakter Husna yang unik. Namun, tanpa dia sedari, Husna sebenarnya mempunyai misi lain yang telah dirancang bersama Badas.

Turut kembali membuat penampilan adalah Aedy Ashraf sebagai Tongki dan Adam Lee sebagai Arif. Watak Yoyol juga akan kembali dalam musim ini. Namun, terdapat kelainan yang dibawakan.

Izz Ilham sebagai Yoyol

Kerjaya Izz Ilham atau nama penuhnya, Muhammad Izz Ilham Nazuadi, sebagai pelakon telah bermula pada usia cilik. Dia kekal aktif berlakon sehingga kini pada usia 19 tahun. Izz Ilham akan menggantikan Fariz Isqandar untuk memainkan watak Yoyol.

Jangan lupa untuk saksikan ‘Budak Tebing 3’ bermula 14 Disember ini pada jam 9 malam menerusi slot Lestary di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Feb 2018

SINGA KACAK BAKAL HIASI MAJALAH ANTARABANGSA

Gambar seekor singa yang menjadi viral kerana dilihat sangat tampan dan menawan. Persis model, singa ini cukup bersahaja ketika jurukamera merakam gambarnya!

Trending Thu, 14 Apr 2022
Trending Thu, 10 Jun 2021
Trending Thu, 10 Oct 2019

Spook Alert! Conquer Your Worst Nightmare At Sunway Lagoon Nights Of Fright 7

Nights of Fright returns for the seventh year and it gets even more SCARY AF