Selebriti By: Atiqah Johari December 12, 2023 @ 7:51pm

Belum Rancang Nikah Kali Ke-3, Radhi OAG Mahu Kekasih Tamat Universiti Dulu – “Sebelum Kahwin Nak Keluarkan Album”

Penyanyi kumpulan OAG, Radhi memaklumkan bahawa belum ada perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang pelajar univiersiti berumur 22 tahun itu.

Jelasnya, memetik laporan Kosmo! Online, dia mahu memberi ruang kepada kekasihnya itu untuk menamatkan pengajiannya dahulu serta memberi fokus terhadap sebuah album yang bakal dikeluarkan tahun hadapan.

“Kalau tanya saya, buat masa sekarang memang belum ada apa-apa perancangan untuk bernikah. Biarlah si dia habiskan belajar dahulu.

“Kami hanya berserah pada Allah SWT. Kalau Allah suruh sabar dulu, kami sabar, itu sahaja,” ujarnya.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 46, turut menyatakan dia enggan bercakap lebih soal perkahwinan dengan kekasihnya kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Malah, dia berharap kekasihnya itu dapat menggembirakan keluarganya dahulu begitu juga dengannya.

“Perkara begini (perancangan untuk berkahwin), kita tidak boleh cakap banyak sebab tidak tahu lagi bagaimana. Biarkan dia habis belajar dan buat ibu bapanya gembira.

“Begitu juga dengan saya. Kalau Allah gembira dengan kerja saya, maka InsyaAllah akan ada ke arah perkahwinan.

“Tapi sebelum berkahwin buat kali ketiga, saya mahu keluarkan album sebab dua perkahwinan sebelum ini, saya langsung tidak sempat hasilkan sebarang album. Jadi kalau saya kahwin dulu, memang akan lambatlah untuk keluarkan album nanti,” katanya lagi kepada wartawan Kosmo! Online.

Untuk rekod, Radhi berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 namun bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdi Muslim, 17.

Manakala, pada 14 April 2014, Radhi kahwin kali kedua dengan Nur Shahira Ayu Zahiri dan bercerai talak satu pada 16 Julai 2019.

Menerusi perkahwinan kedua ini, Radhi memiliki dua orang anak iaitu Nur Aisyah, 8 dan Muhammad, 6.

Sumber: Kosmo! Online

Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

Sebak… Kereta Hasil Titik Peluh 7 Tahun Dihanyutkan Banjir, Wanita Ini Reda Baru 3 Bulan Sempat Pakai

Banjir yang melanda negara tahun ini adalah antara banjir yang terburuk dan telah meragut kehilangan nyawa serta harta benda. Nuarjan Sulaiman, 36, seorang penduduk di Hulu Selangor terpaksa menanggung kekecewaan dengan apa yang terjadi setelah […]

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Featured Fri, 3 Nov 2023

“Ini Pemikiran Yang Kolot & Cetek!” – Faizal Tahir Kesal Netizen Persoal Strategi  Pejuang Palestin

“Strategi Allah yang paling terbaik, inshaa-Allah” -Faizal Tahir

Trending Mon, 9 Nov 2020
Hiburan Fri, 30 Jun 2023