Drama By: Afiqah Azizan March 24, 2024 @ 10:41am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Helo, Saya Anak Uncle!’

Dalam dunia yang ideal, institusi keluarga itu diterajui oleh ibu dan bapa. Namun, bukan semua orang dikurniakan nikmat sebegitu. Itulah yang dihadapi oleh Ciara (lakonan Rania Amanda) atau juga dikenali sebagai Cici dalam siri mini Ramadan TV3 yang berjudul ‘Helo, Saya Anak Uncle!’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Selama hampir tujuh tahun kehidupannya, Cici telah dibesarkan oleh ibunya, Sarah. Sepanjang usia mudanya itu, dia tidak pernah bertemu apatah lagi mengenali bapanya, Dr Suhael (lakonan Izzue Islam), yang telah bercerai dengan ibunya itu sewaktu Cici masih dalam kandungan.


Namun, apabila ibunya telah ditugaskan untuk bekerja di luar negara selama enam bulan, Cici telah hadir dalam kehidupan bapanya. Biarpun Dr Suhael merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak, dia tetap kekok apabila perlu menjaga anaknya sendiri setelah sekian lama tidak mengambil peduli akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Kehidupan Dr Suhael banyak berubah apabila Cici muncul. Dia juga berasa tertekan kerana bapanya, Haji Samsuri (lakonan Hafidzudin Fazil), sering menelefon Cici untuk memantau keberadaan jejaka tersebut. Dengan kehadiran Cici, dia terpaksa mendisiplinkan diri daripada bermain permainan video sehingga ke lewat pagi. Masanya lebih banyak diluangkan untuk anaknya.

Namun, konflik yang lebih mencabar merupakan konflik yang melibatkan watak Cikgu Wawa (lakonan Zara Zya).

Adakah Dr Suhael dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik?

Cerita Apa? ‘Helo, Saya Anak Uncle!’
Hari Apa? Setiap Ahad
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan strim sekarang melalui Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 20 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melur Untuk Firdaus 2’

Menjaga kebahagiaan rumah tangga bukan senang.

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

Drama Tue, 5 Sep 2023
Drama Fri, 28 Jul 2023
Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Drama Fri, 19 May 2023