Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 28, 2023 @ 10:30am

Bertungkus Lumus Siapkan Skrip ‘Tentang Hati Dia’, Isteri Bell Ngasri Alami Keguguran – “Saya Anggap Bukan Rezeki”

Drama Akasia yang berjudul ‘Tentang Hati Dia’ menyusuri kehidupan Tiara (lakonan Trisha Ooi) yang menjadi kucar-kacir setelah disahkan mengandung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Hal ini telah membuat ibunya, Fatimah, berasa amat kecewa. Ibunya telah berhasrat untuk melihat Tiara maju dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupannya. Tiara adalah anaknya yang disayangi. Namun, apa yang telah terjadi telah menyebabkan ibunya berlaku dingin terhadap Tiara.

Untuk menanggung cahaya matanya, Tiara telah berpindah ke ibu kota. Namun, dia terpaksa meninggal anaknya dengan Fatimah. Malang bagi anaknya itu, Fatimah masih tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Akibatnya, anak Tiara itu sering dimarahi Fatimah.

Di Kuala Lumpur, Tiara telah bekerja sebagai jurutol pada siang hari. Pada sebelah malam pula, dia berniaga di gerai burger. Dalam melaksanakan tugasnya, dia terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri. Takdir telah menemukannya dengan seorang jejaka bernama Wafi (lakonan Aliff Aziz). Namun, interaksi itu juga membawa pelbagai kerungsingan.

Drama ‘Tentang Hati Dia’ ini diserikan dengan skrip yang mantap. Skrip bagi drama ini adalah hasil nukilan penulis skrip berpengalaman, Nur Farhana Mahamad Fauri. Farhana telah mencebur diri dalam bidang kreatif ini pada tahun 2002. Salah sebuah skrip yang dihasilkannya juga pernah dianugerahkan sebagai ‘Skrip Pilihan’ bagi Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natasya Farhana (@sha_farhana)

Menceritakan lebih lanjut mengenai siri ‘Tentang Hati Dia,’ Farhana berkata, “Saya tertarik melihat plot utama novel ini tentang kasih sayang seorang ibu dan anak; bagaimana seorang gadis bangkit dari kisah silamnya dan dibenci ibu sendiri selepas mengecewakan harapan seorang ibunya. Namun dia tetap taat dan patuh pada ibunya demi sebuah kemaafan. Kerana keikhlasannya, dia menemui cinta sejati dengan seorang pemuda yang ikhlas mencintai walaupun dia pernah melalui detik hitam dalam hidup.”

Penghasilan skrip ini telah mengambil masa dua bulan. Namun, ia bukanlah semudah yang disangka. Farhana telah terikat dengan jadual yang ketat. Ibu kepada tiga orang anak ini telah bekerja keras supaya tugasnya disempurnakan. “Saya gigih untuk mengejar tarikh akhir penggambaran supaya tidak menyusahkan syarikat produksi sehingga saya mengalami keguguran.”

“Tapi saya anggap itu bukan rezeki saya dan tak menyalahkan kerja atau sesiapa. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.

Farhana juga merupakan pasangan kepada Bell Ngasri yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35. Berkongsi perjalanan kerjayanya sebagai seorang penulis skrip, Farhana berkata, “Pembabitan awal saya sebagai penulis skrip adalah dari dia (Bell Ngasri).” “Ketika itu, saya hanya membantu dia menaip dan tak sangka dari situ saya belajar cara untuk menulis skrip,” terangnya. Farhana juga telah menimba ilmu dengan menyertai bengkel penulisan skrip.

Penglibatan Farhana dalam bidang ini mendapat sokongan oleh suaminya. Malah, dia juga ada berkongsi idea dengannya. “Bell adalah penyokong saya dalam diam. Dia selalu risaukan tidur saya sebab saya akan buat kerja hingga Subuh baru tidur,” katanya.

Menurut Farhana, drama ‘Tentang Hati Dia’ adalah siri yang wajib ditonton kerana “…ia lari dari kebiasaan kisah yang dihidang di slot Akasia. Ia juga kisah realiti yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya kisah cinta. Ia juga kisah tentang kasih sayang keluarga, hubungan ibu dan anak dan sebagainya. ‘Tentang Hati Dia’ sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan seisi keluarga.”

Cerita Apa? ‘Tentang Hati Dia’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 4 Jul 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tentang Hati Dia’

Liku-liku kehidupan sungguh mencabar.

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Drama Thu, 23 Nov 2023
Drama Tue, 3 Mar 2026

Kerana Cinta Itu Dusta

Kerana Cinta Itu Dusta merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda. Drama ini mengangkat tema pengkhianatan perkahwinan, konflik sahabat baik dan tekanan media sosial dalam dunia influencer moden.

Drama Mon, 11 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Alice Kampung Baru’

Memulakan kehidupan baru bukanlah perkara mudah.

error: Content is protected !!