Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 4, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tentang Hati Dia’

Fasa kehidupan setiap orang mungkin tidak sama. Walaupun masing-masing mempunyai cita-cita dan harapan, kadang kala, ia tidak menjadi seperti yang dirancang. Perkara ini diperlihat menerusi drama Akasia terbaharu yang berjudul ‘Tentang Hati Dia.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Siri ini menyoroti watak Tiara (lakonan Trisha Ooi), seorang gadis muda yang telah berdepan dengan cabaran yang amat sukar. Kehidupannya telah menjadi kucar-kacir setelah disahkan mengandung.

Keadaan ini telah mengecewakan ibunya, Fatimah, yang mempunyai impian besar untuk melihat Tiara berjaya dalam pelajaran dan hidupnya. Akibatnya, ibunya yang pada suatu ketika dahulu merupakan seorang yang penyayang terhadap Tiara telah berubah menjadi dingin.

Demi menyara kehidupan dan untuk menanggung cahaya mata serta keluarganya, Tiara membawa keluarganya berpindah di ibu kota. Oleh demikian, dia terpaksa meninggalkan anaknya bersama Fatimah. Dek tidak puas hati dengan apa yang telah terjadi, Fatimah sering memarahi cucunya itu.

Di Kuala Lumpur, Tiara bekerja sebagai seorang jurutol dan pada malamnya berniaga di sebuah gerai burger pula. Menerusi pekerjaannya itu, dia telah bertemu seorang lelaki bernama Wafi (lakonan Aliff Aziz) yang merupakan pelanggan setia di situ. Perkenalan itu bukanlah perkenalan yang mesra. Malah, mereka berkelakuan dingin terhadap sesama sendiri.

Namun, takdir telah menemukan mereka kembali apabila Tiara telah diterima untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada jejaka itu. Perkembangan ini telah membawa kepada pelbagai lagi situasi yang membentuk kehidupan Tiara. Bagaimanakah dia akan menyesuaikan diri dengan tugasan baharunya itu?

Cerita Apa? ‘Tentang Hati Dia’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 14 Mar 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Iskandar Chempaka’

Kisah yang memaparkan cabaran berkahwin pada usia muda.

Drama Thu, 23 Nov 2023
Drama Mon, 13 Feb 2023
Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

Drama Mon, 23 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

Drama Fri, 15 Dec 2023
Drama Thu, 15 Dec 2022

Nabil Aqil Cabar Adam Lee? Budak Tebing 3 Terus Diuji!

Wah, tak sabar nak tengok Budak Tebing 3!

error: Content is protected !!