Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 11, 2023 @ 10:37am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Alice Kampung Baru’

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan di ibu kota memang banyak cabaran. Malah, cabarannya lebih ketara apabila baru bertapak di sini. Itulah situasi yang diketengahkan dalam siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Alice Kampung Baru.’

Alice (Amelia Christie) merupakan cahaya mata tunggal kepada May (Sazzy Falak). Alice telah dibesarkan di halaman kampung bersama ibunya.

Namun, sehari selepas dia menduduki kertas terakhir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dua beranak ini telah memulakan perjalanan ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Penghijrahan mereka ini telah mendapat perhatian oleh penduduk di kawasan tersebut.

Tujuan utama May menjejak kaki ke kawasan ini adalah untuk mencari suaminya (Mustaqim Bahadon). Dia telah berpisah dengan jejaka itu sebelum Alice dilahirkan. Namun, mereka tidak pernah bercerai. May ingin mendapatkan perceraian yang sah agar dia boleh memulakan lembaran baharu.

Hal ini tidak diketahui oleh Alice sebelum ini. Berada di Kampung Baru, Alice juga telah mendapat teman-teman baharu yang bernama Ria (Seera Kamal), Siska (Sharifah Rose), Hilmi (Alif Muhaimin) dan Alif (Muntazar Ghufran). Selain itu, hati Alice juga mula terpaut kepada seorang jejaka bernama Raz (Aniq Durar).

Bagaimanakah perkembangan kehidupan Alice dan ibunya di Kampung Baru?

Cerita Apa? ‘Alice Kampung Baru’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 16 Apr 2026

Siti Hariesa Kejar Cinta Noki Dalam Dear Farris, Tapi Ditolak?

Dear Farris lakonan Noki K-Clique & Siti Hariesa bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026.

Drama Wed, 17 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Menanti Senja’

Perpisahan yang mengguris hati.

Drama Wed, 19 Apr 2023

Berhibur Dengan Seleksi Rancangan Menarik Raya Ini!

Memang meriah untuk ditonton beramai-ramai!

Drama Thu, 17 Nov 2022
Drama Fri, 5 Dec 2025

‘Sumpah Ibuku’ Semakin Panas! Netizen Puas Hati, Che Yam Rupanya Dimadukan Dalam Diam

Makin best drama bersiri Sumpah Ibuku! Jangan lupa saksikan di slot Akasia TV3!

Drama Wed, 15 Mar 2023
Drama Wed, 13 Aug 2025
error: Content is protected !!