Drama By: Afiqah Azizan March 20, 2023 @ 3:06pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melur Untuk Firdaus 2’

Siri drama yang diminati ramai iaitu Melur Untuk Firdaus kembali lagi dengan musim baharu.

Musim kedua ini memperlihat perkembangan watak dan hubungan Melur (dilakonkan oleh Anna Jobling) dan Firdaus (dilakonkan oleh Meerqeen) sebagai pasangan suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Firdaus dan Melur tertekan dengan desakan untuk mendapatkan zuriat daripada Walid (dilakonkan oleh Zainol Ismail). Terdapat juga kehadiran watak baharu yang bernama Mawar (dilakonkan oleh Eyka Farhana).

Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus (dilakonkan oleh Hatta Salam), pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Elemen ini juga menyuntik dinamik berbeza dalam musim baharu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Kerjaya Melur semakin maju. Dia telah mengasaskan sebuah syarikat penerbitan buku kanak-kanak bersama rakan kongsinya, Zackery (dilakonkan oleh Azim Yusof). Namun, tanpa disedarinya, Zackery telah menaruh hati terhadap Melur.

Mampukah Melur dan Firdaus mengecapi bahagia dalam perhubungan mereka?

Cerita Apa? ‘Melur Untuk Firdaus 2’
Hari Apa? Setiap Isnin – Ahad
Jam Berapa? 6.58 petang
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 17 Feb 2020
Drama Mon, 6 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Apabila tragedi hitam kembali menghantui.

Drama Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Puas Hati Tengok Isteri Cubit Muka Izzue Islam – “Terima Kasih Kak Tolong Cubitkan Amir”

Pelakon Izzue Islam menjadi sebutan ramai selepas karakter Amir yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 menyakitkan hati penonton. Watak Amir itu telah mengundang pelbagai reaksi dari penonton yang geram melihat sikap

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Drama Tue, 28 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Sikap buruk manusia membawa derita.

Drama Wed, 22 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Serpihan Sayang’

Penyakit postpartum psikosis bukan perkara biasa.

| Live TV

error: Content is protected !!