Drama By: Afiqah Azizan June 19, 2023 @ 11:12am

Di Sebalik Watak: Sweet Qismina Sebagai Zulaikha Dan Adam Lee Sebagai Izmir Dalam ‘Malam Zulaikha’

Alam mistik kekal menjadi salah satu topik yang mengusik jiwa. Elemen ini menjadi fokus utama dalam drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Malam Zulaikha.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Sejak dirinya mencecah usia 20 tahun, Zulaikha (dilakonkan oleh Sweet Qismina) sering dinganggu perkara mistik. Perkara ini telah disedari rakan baiknya yang bernama Izmir (dilakonkan oleh Adam Lee). Dia telah mengatur pertemuan Zulaikha dengan bapanya, Ustaz Rahim yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam.

Ustaz Rahim mengesahkan bahawa Zulaikha mempunyai pendamping yang telah diwariskan kepadanya. Demi mencari kebenaran, Zulaikha telah segera pulang ke kampungnya. Izmir juga turut serta ke kampung Zulaikha.

Di kampung Zulaikha itu, mereka telah bertemu dengan nenek Zulaikha yang bernama Engku Salbiah (dilakonkan oleh Ku Faridah). Kehadiran Zulaikha telah menimbulkan rasa curiga yang mendalam buat Engku Sabiah.

Mana tidaknya, dua dekad yang lalu, dia telah menyihir menantunya, Suria, supaya mandul. Oleh demikian, Engku Salbiah tidak percaya bahawa Zulaikha adalah zuriat anak lelakinya, Ali.

Namun, pendedahan oleh Mak Som, bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha telah membangkitkan kisah silam yang mengejutkan.

Drama ini sememangnya mampu membuat bulu roma meremang. Menceritakan tentang apa yang menarik minatnya untuk membawa watak Zulaikha, Sweet Qismina menjawab, “(Ia) sebuah drama yang lain dari genre yang saya selalu buat untuk drama TV3.” Tambahnya lagi, “Watak diberi mempunyai kelainan yang membolehkan saya tunjukkan lakonan dari sisi yang berbeza.” Adam Lee juga berkongsi pendapat yang sama.

Jejaka berusia 28 tahun itu juga telah cuba menyelami jalan cerita dan watak sebagai persiapan membawa watak Izmir. Sweet Qismina pula telah mengambil inisiatif untuk menonton filem-filem yang mempunyai elemen saka dan bergenre seram.

Namun, walaupun dengan persiapan rapi, tidak dapat dinafikan pembawaan watak bagi filem ini amat mencabar. “Antara cabaran adalah ‘rigging’ di mana Sweet kena jatuhkan badan menggunakan tali dari pokok yang tinggi. Rasa jantung tinggal kat atas,” kata Sweet Qismina dengan tawa kecil.

Bercerita tentang pengalaman berlakon dengan pasangan sendiri dalam siri ini, Sweet Qismina menyatakan, “Sentiasa seronok untuk bekerja dengan suami saya sebab dia adalah seorang yang komited dengan kerjayanya. Watak yang dibawa pula adalah sebagai seorang ustaz yang mana Sweet tak pernah nampak. Jadi lakonan dia berbeza dari drama-drama yang pernah dilakonkan bersama.” Baginya, pembawaan watak Izmir yang baik juga membantunya memainkan watak Zulaikha dengan baik.

Sweet Qismina tidak menafikan bahawa melakonkan watak yang dirasuk dan menjalankan penggambaran pada waktu malam di lokasi yang sunyi amat menyeramkan. Namun, tentang pengalaman mistik sewaktu penggambaran, tiada perkara pelik yang berlaku. Sweet Qismina berkata, “Alhamdulillah semua di set penggambaran daripada pelakon, crew dan team production semua menjaga apa yang patut dijaga.”

Adam Lee juga mengakui bahawa “Sweet Qismina adalah heroin yang paling selesa (untuk bekerjasama) dan kuat ‘chemistry’ bila digandingkan dengan saya.”

Pengalaman menjayakan siri ini juga memberi pengetahuan baharu. Menurut Adam Lee, hal ini merangkumi ilmu perubatan Islam serta fakta menarik tentang alam mistik. Sweet Qismina juga kini mengetahui lebih lanjut tentang “potongan ayat-ayat suci al-Quran yang boleh digunakan apabila kita menghadap perkara seperti dalam drama. Secara tak langsung, boleh dijadikan pendinding harian kita.”

Sweet Qismina berpendapat yang ‘Malam Zulaikha’ adalah drama yang wajib ditonton kerana “Genre seram yang bertemakan saka yang dah lama tidak dipaparkan dalam drama-drama genre seperti ini.” Dia juga berkata, “(Siri ini) dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sangat membantu untuk memberi kualiti A+ untuk drama ini.”

Bagi Adam Lee pula, siri ini wajib ditonton kerana “(Ia menawarkan) kelainan dari segi jalan cerita dan suntingan yang mantap.” Tambahnya lagi, “Yang paling penting, ia bukan drama cinta klise.”

Cerita Apa? ‘Malam Zulaikha’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sun, 26 Mar 2023
Drama Mon, 29 May 2023
Drama Fri, 16 Oct 2020
Drama Wed, 11 Mar 2020
Drama Wed, 15 Mar 2023
Drama Thu, 24 Aug 2023
Drama Thu, 26 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Banyak tanggungjawab Cik Lang Swe ni.

Drama Mon, 18 Dec 2023