Drama By: Afiqah Azizan August 24, 2023 @ 10:33am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Puaka Cuti Semester’

Kolej dan kisah mistik berpisah tiada. Pasti ada sahaja kes yang berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya bangunan kolej adalah bangunan lama. Itulah tema yang dibawakan dalam siri Tonton original terbaharu yang berjudul ‘Puaka Cuti Semester.’

Kisah ini menyoroti lima orang pelajar yang bernama Iqsan (lakonan Mark Adam), Zubir (lakonan Zaki Azeman), Fahmi (lakonan Farhan Mazlan), Leha (lakonan Tracie Sinidol) dan Aina (lakonan Aween Ismail).

Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun, sepanjang cuti semester ini, mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan tersendiri. Antaranya adalah kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Gangguan hantu askar Jepun turut melanda sewaktu mereka asyik berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya adalah pontianak, jerangkung dan bunian! Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan kekecohan, ia juga telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar ini.

Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?

Cerita Apa? ‘Puaka Cuti Semester’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 6 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tumpat Berdarah’

Permusuhan yang berlarutan.

Drama Mon, 30 Jan 2023
Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Drama Thu, 6 Jul 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Obsesi Dia’

Apabila kisah silam terus menghantui kehidupan…

Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Drama Tue, 19 Mar 2024