Categories: Drama

[Eksklusif] Koleksi Gambar Di Sebalik Tabir: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Drama Akasia terbaharu yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ dibintangi Sophia Al Barakbah, Aliff Aziz, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Hannah (dilakonkan oleh Sophia Al Barakbah) merupakan seorang usahawan kedai hiasan. Suatu tragedi hitam telah menimpa gadis tersebut apabila dia telah terjaga pada suatu pagi dan mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira (dilakonkan oleh Jasmine Suraya), di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, dia juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan semula lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian. Luth Mikail (dilakonkan oleh Aliff Aziz), seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Jalan cerita ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ ini berkisar insiden pahit yang terjadi. Namun, sesi penggambaran drama ini telah membawa pelbagai kenangan manis.

Berikut adalah beberapa detik menarik yang dirakam sewaktu penggambaran drama ini di beberapa lokasi yang berbeza.

Cerita Apa? ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan