Drama By: Afiqah Azizan November 23, 2023 @ 10:42am

Pecutan Terakhir: Janna Nick Dan Andi Bernadee Kongsi Isi Hati Tentang ‘Melastik Ke Hatimu’ Musim Kedua

Pejam, celik, pejam, celik; tiba-tiba, sudah tiba ke penghujung musim kedua siri Lestary ‘Melastik Ke Hatimu.’ Gandingan Janna Nick sebagai Haura dan Andi Bernadee sebagai Ziyyad sememangnya kekal mantap sepanjang drama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Sebagai pasangan suami isteri dalam kisah ini, mereka berdua menonjolkan dinamik yang menarik. Menurut Janna, keserasian ini mungkin dipacu hubungan persahabatan mereka dalam dunia realiti. Dia selesa bekerjasama dengan Andi.

Andi juga menyatakan hal yang sama. “Kami sudah bekerja bersama beberapa kali walaupun bukan dalam satu set yang sama. Keserasian sebagai kawan tu memang dah ada.”

Bekerja dengan kawan baik sememangnya mampu menghidupkan suasana. Janna mengakui bahawa “Babak dengan Andie semua banyak tahan gelak.” Tambahnya lagi, “Paling lawak bila babak-babak romantik dengan dia.”

Andi turut berkongsi sentimen sama dengan Janna serta seluruh barisan pelakon lain dalam siri ini. Apabila ditanya bagaimana dia menahan dirinya daripada gelak, Andi menjawab, “Saya gigit lidah saya. Itu yang nampak kadang-kadang muka macam tengah mengemam – tengah gigit lidah la tu.”

Merenung kembali ke pengalaman menjayakan siri ini, Janna dan Andi mempunyai pelbagai kenangan indah. “Babak menangis dan menjadi serius itu paling susah sebab nak penonton betul-betul rasa,” ujar Janna. Namun, katanya lagi, “Yang lain tu dah banyak gelak ketawa.”

Bagi Andi pula, musim kedua ini telah mengukuhkan lagi hubungannya dengan Dato Jalaluddin Hassan yang memainkan watak sebagai bapa kepada Haura. “Saya dengan dia lagi banyak berinteraksi.”

Sebagai pesanan, Janna menyatakan, “Tengok la Melastik Ke Hatimu kalau nak hilangkan stress.” “Terima kasih atas sokongan penonton dari Musim 1 hingga Musim 2. Mana tahu ada Melastik Ke Hatimu The Movie pula,” katanya lagi sambil ketawa.

Andi juga meluahkan rasa penghargaannya kepada para penonton setia siri ini. “Terima kasih kepada semua yang menyokong daripada Musim 1.” Dia juga memberi kata-kata nasihat berasaskan drama ini. “Dugaan sebagai suami isteri, memang akan ada dan akan ada benda2 lain yang mendatang. Kita sebagai suami isteri ni kena saling mempercayai. Jangan membuta tuli dengar daripada sana sini. Bersikap jujurlah dengan pasangan masing-masing.”

Terlepas menyaksikan kedua-dua musim? Jangan risau, strim kesemua episod Melastik Ke Hatimu Musim Pertama dan Musim Kedua di Tonton sekarang!

Cerita Apa? ‘Melastik Ke Hatimu 2’
Hari Apa? Episod Akhir Pada Hari Khamis Ini, 23 November 2023
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD melalui Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 2 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Boleh Saya Bantu?’

Apabila bekerja di hotel, pasti akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Drama Mon, 23 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Drama Tue, 17 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bukan Sekadar Lafaz’

Perasaan cemburu yang melampau membawa binasa.

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Drama Tue, 9 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’

Kisah yang penuh peristiwa tidak diduga.

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

error: Content is protected !!