Drama By: Afiqah Azizan October 3, 2023 @ 3:34pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘HALOBA’

Sebagai manusia, kita tidak lari daripada kesilapan. Namun, ada juga sikap tidak baik yang diamalkan dengan sengaja demi memuaskan hati sendiri biarpun ia melukakan orang lain. Situasi ini diperlihat menerusi drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘HALOBA.’

Siri ini bermula dengan kepulangan Erina (lakonan Afifah Nasir) ke Malaysia. Kepulangannya dipacu tujuan untuk membalas dendam terhadap Raif (lakonan Aiman Hakim) atas kesalahannya yang lalu. Erina telah berganding dengan kekasihnya, Hadi (lakonan Syaffiq Sahli) untuk menjalankan matlamat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Pada awalnya, ia kelihatan mudah bagi Erina untuk melaksanakan hasratnya. Namun, situasi ini tidak kekal begitu. Misinya dibelenggu pelbagai cabaran yang timbul daripada pelbagai pihak. Dia berdepan dengan keadaan yang sukar, khususnya bersama individu di sekeliling Raif.

Erina tekad dengan tujuan asalnya. Dia sanggup mengetepikan akhlak dan prinsip dirinya. Siri ini memaparkan bagaimana sikap haloba mampu menguasai manusia.

Erina bertindak agresif serta tidak berperikemanusiaan demi mencapai matlamatnya. Perkembangan kisah ini dikeruhkan lagi dengan watak-watak lain yang menimbulkan pelbagai lagi masalah. Adakah Erina akan berjaya dengan misinya untuk merosakkan kebahagiaan orang lain atau adakah dia akan menjadi mangsa permainannya sendiri?

Cerita Apa? ‘HALOBA
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Jan 2023
Drama Fri, 3 Mar 2023
Drama Wed, 31 May 2023
Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

Drama Wed, 5 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Pontianak 100KG’

Pontianak ini lain daripada yang lain.

Drama Mon, 13 Mar 2023
Drama Thu, 8 Jun 2023