Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Kehidupan ini penuh dengan kejutan. Namun, bukan setiap kejutan itu adalah manis. Malah, ada yang mampu mencetuskan pelbagai masalah. Drama Akasia terbaharu yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ memaparkan kejutan yang pahit.

Hannah (dilakonkan oleh Sophia Al Barakbah) adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini.

Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira (dilakonkan oleh Jasmine Suraya), di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail (dilakonkan oleh Aliff Aziz), seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Cerita Apa? ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan