Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Luruhnya Bunga Cinta’

Pada setiap peringkat usia, pastinya ada cabaran tersendiri. Zaman kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada hal ini. Kisah Akasia terbaharu yang berjudul ‘Luruhnya Bunga Cinta’ memaparkan situasi yang merumitkan bagi si anak kecil.

Drama ini menyoroti zaman kanak-kanak dua beradik bernama Nuh dan Nuha. Nuha adalah seorang pelajar perempuan yang disenangi rakan-rakannya. Namun, perkara ini menjadi punca cemburu buat musuhnya, Aara.

Aara adalah seorang yang bijak. Namun, aura Nuha telah menyebabkan dia tidak mendapat perhatian daripada guru dan rakan sekelasnya.

Namun, tatkala Nuha memerlukan rawatan perubatan, sebuah rahsia telah terbongkar. Nuha sebenarnya bukanlah anak kandung kepada keluarga Nuh. Sebaliknya, dia adalah anak kandung kepada keluarga Aara dan Aara adalah anak kandung kepada keluarga Nuh. Hal pertukaran bayi yang berlaku pada masa lalu itu juga telah diketahui oleh Aara.

Kedua-dua gadis ini telah pulang semula kepada keluarga kandung masing-masing. Kejadian telah mencetuskan perubahan situasi di sekolah. Aara mula mendapat perhatian yang diidamkannya di sekolah. Nuha pula telah menjadi pelajar yang dibenci. Konflik antara mereka berdua terus berpanjangan walau sedekad kemudian. Apakah mereka akan kekal bersengketa?

Cerita Apa? ‘Luruhnya Bunga Cinta’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan