Eat Travel By: Ad Ops August 28, 2018 @ 11:00am

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Anda mesti pernah dengar tentang 7 Wonders of The World, di mana antaranya adalah Tembok Besar China dan Taj Mahal di India. Memanglah mereka menakjubkan tapi keajaiban yang terbentuk secara semulajadi pun harus pun tak kurang hebatnya!

Ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dari pantai Na Pali di Hawaii ke jurang Verdon di tenggara Perancis, ada macam-macam lokasi luar biasa di planet kita dan mereka harus diketengahkan.

Jom teruskan membaca untuk lihat gambar tempat-tempat ini. Ada yang popular, ada yang anda tak pernah dengar. Yang pasti, anda pasti akan terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan.

1. The Dead Sea, Israel dan Jordan

Foto: Olesya Baron/Shutterstock

Berada di 1,410 kaki di bawah paras laut, Laut Mati ini merupakan kawasan berair yang paling rendah di atas muka Bumi. Terletak di padang pasir yang memiliki konsentrasi garam yang tinggi, oasis ini merupakan tempat paling best untuk terapung. Rupa garam yang timbul dari permukaan air itu pun membuatkan tempat ini nampak unik.

2. Skógafoss, Skógar, Iceland

Foto: Maridav/Shutterstock

 

Ia mengalir daripada dua glasier (Eyjafjallajokull dan Myrdalsjokull). Menurut kisah dongeng, seorang viking yang bernama Thrasi telah menyorok harta karunnya di bawah air terjun ini. Wooh! Tak kisahlah betul atau tidak, tapi percikan dan semburan air terjun ini boleh mewujudkan pelangi cantik pada hari yang cerah.

3. Na Pali Coast, Hawaii, Amerika Syarikat

Foto: Alexander Demyanenko/Shutterstock

Di sebalik tebing berwarna dan air biru terang di bawahnya, pantai ini gerenti akan membuat pengunjung berkata “Wow!”

Dengan mendaki tebing ini, anda akan dapat saksikan Lautan Pasifik dan Lembah Kalalau dari ketinggian 4,000 kaki, serta banyak air terjun dalam perjalanan anda.

4. Monteverde Cloud Forest, Monte Verde, Costa Rica

Foto: Simon Dannhauer/Shutterstock

Kerana ia merupakan sebuah hutan hujan, cuaca di sini tak berapa best, tapi rupanya memang seperti jungle paradise, tak kiralah ia berkabus atau tidak.

Lagi best, rizab biologi ini adalah habitat kepada pelbagai jenis spesies termasuklah keenam-enam spesies dalam keluarga kucing

5. The Grand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat

Foto: Martin M303/Shutterstock

Ini merupakan kecantikan semulajadi yang paling popular di Arizona. Tengohlah betapa luasnya tempat ini! Gaung atau canyon ini merentasi 18 batu dari sisi ke sisi. Pemandangannya pun menakjubkan. Pembukaan selatannya dibuka untuk pelawat sepanjang tahun, tapi di utara, ia mengikut season.

6. The Cliffs of Moher, County Clare, Ireland

Foto: shutterupeire/Shutterstock

Ini merupakan tarikan semulajadi Ireland yang paling sering dikunjungi. Tebing Moher ini merangkumi pantai barat negara ini sejauh 5 batu dan menawarkan pemandangan laut yang indah.

7. Reynisfjara Beach, Vik, Iceland

Foto: Andrey Bayda / Shutterstock

Anda mungkin takkan ingin untuk berkelah di sini tapi itu tak bermakdud tempat ini tak syok untuk dilawat. Dengan pasir hitam dan kolum batunya yang berupa unik, anda akan rasa macam anda berada di planet lain! Kalau anda bertuah, bolehlah nampak Northern Lights.

8. Teres Beras Tegalalang, Tegalalang dan Ubud, Indonesia

Foto: daphnusia/Shutterstock

Indonesia memang terkenal dengan ladang beras berteres. Yang paling terkenal adalah di Tegalalang. Peladang di sini dikatakan telah menggunakan sistem pengairan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Patutlah hijau berseri! 

8. Geiranger Fjord, Møre og Romsdal County, Norway

Foto: cookelma/iStock

Fjord boleh diterjemahkan kepada lembah dalam air. Dibentuk oleh glasier, ia memang dalam dan dikelilingi oleh Gunung tinggi. Fjord ini adalah yang paling ternama di Norway dan merupakan satu tapak Warisan Dunia UNESCO. 

10. Zhangye Danxia Landform Geological Park, Gansu, China

Foto: Alexandre Seixas/Shutterstock

Gunung berwarna-warni dan berbelang ini terdiri daripada lapisan mineral dan batu. Ia terganggu apabila tectonic plates menyebabkan Pulau yang kini bernama India untuk berlanggar dengan benua Eurasia yang selebihnya. 

Kini ia merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO yang terpelihara. Memang one of a kind!

11. Salar de Uyuni, Bolivia

Foto: Olga Kot Photo/Shutterstock

Apabila tasik berdekatan dengan kawasan rata bergaram di Bolivia ini melimpah, permukaan seperti cermin akan terbentuk hingga ia memantulkan rupa langit dan awan di atasnya. Para jurugambar gerenti suka!

Ada tempat lain yang memiliki ciri-ciri yang serupa tapi Salar de Uyuni adalah yang terbesar, dengan merangkumi 4,050 batu persegi.

12. Ha Long Bay, Vietnam

Foto: cristaltran/iStock

Sebuah lagi tapak Warisan Dunia UNESCO, kecantikan teluk ini menjadikannya sebagai tarikan pelancong nombor satu di Vietnam. 

Cara terbaik untuk menikmati keindahan bukit batu kapur di sini adalah melalui bot. Ada pengunjung yang bermalam dalam bot mereka!

13. Fairy Pools, Isle of Skye, Scotland

Foto: orxy/Shutterstock

Tempat ini hanya boleh dilawati dengan berjalan kaki melalui hutan Glen Brittle, tapi pendakian anda memang berbaloi kerana anda akan dapat lihat sendiri air jernih dari kolam semulajadi ini.

14. El Yunque National Forest, Puerto Rico

Foto: Dennis van de Water/Shutterstock

Terletak di luar San Juan, taman negara ini dikenali sebagai satu-satunya hutan hujan di dalam sistem perhutanan Amerika Syarikat.

15. Mono Lake, California, Amerika Syarikat

Foto: Sheila Sund/Flickr

Merentasi 65 batu, tasik ini terkenal dengan struktur kalsium karbonat yang dipanggil menara tufa. Dengan kandungan garam yang tinggi, tasik ini juga senang untuk buatkan benda terapung.

16. Verdon Gorge, Perancis

Foto: RossHelen/Shutterstock

Air biru hijau di jurang ini bukan saja gorgeous tapi ia merupakan lokasi best untuk berenang dan berkayak.

17. Marble Caves, Chile

Foto: Shutterstock/Wata51

Terletak di Patagonia, gua batu marbel ini terbentuk lebih 6,000 tahun lalu oleh ombak yang menghakis batu-batu di sini. Warna gua ini berubah-ubah bergantung kepada paras air yang naik turun sepanjang tahun.

18. Bioluminescent Beaches, Maldives

Foto: PawelG Photo/Shutterstock

Benda biru-biru yang menyala itu adalah disebabkan plankton bioluminescent. Untuk merasai pantai penuh magis ini, anda boleh lawati mana-mana daripada 1,190 pantai yang membentuk negara Asia selatan ini. Antara lokasi yang popular termasuklah Athuruga, Reethi, and Mirihi.

19. White Sands National Monument, New Mexico

Foto: sunsinger/Shutterstock

Kawasan pemendapan mineral gypsum terluas di dunia, tempat yang terletak di padang pasir Chihuahuan ini merangkumi pasir putih bersinar. Gypsum ini datang dari tasik ephemeral berdekatan yang kaya dengan mineral. Apabila airnya tersejat, yang tinggal hanyalah mineral yang akhirnya pemendapan gypsum yang dibawa oleh angin.

20. Garni Gorge, Armenia

Foto: Oleg Sidorenko/Flickr

Jurang ini terkenal dengan tebing vertikal yang terdiri daripada kolum basalt. Anda hanya boleh sampai ke sini dengan menaiki kereta. Tak tahulah berapa lama kena drive. Tapi pemandangan yang menanti anda… fuuuh.

21. The Blyde River Canyon, South Africa

Foto: Riccardo Zambelloni/Shutterstock

Untuk pemandangan alam semulajadi yang gorgeous, daki sepanjang gaung Blyde River yang terletak di ketinggian sebanyak 2,600 kaki.

Terkenal dengan geologinya yang unik, ia juga merupakan habitat untuk pelbagai flora dan fauna.

22. Harbour Islands, Bahamas

Foto: ShaneGross / iStock

Berbanding dengan tempat lain di Bahamas, pulau ini belum lagi diterokai sangat oleh manusia. Tarikan lain termasuklah Devil’s Backbone, terumbu karang yang kaya dengan hidupan marin; dan Dunmore Town, di mana rumah-rumah berwarna pastel akan menarik perhatian pengunjung.

 

23. Masazir Lake, Azerbaijan

Foto: Ramin Hasanalizade/Shutterstock

Tasik ini tak jauh daripada Baku, ibu negara Azerbaijan. Ia mendapat warna merah jambunya (paling terang pada musim panas) daripada mikroorganisme yang dipanggil halophile.

24. Tianmen Cave, Zhangjiajie, China

Foto: unge255_photostock/Shutterstock

Terletak di 5,000 kaki dari paras laut, gua ini merupakan gerbang tertinggi di dunia yang terbentuk secara semulajadi. Pengunjung harus menaiki 999 anak tangga untuk sampai ke sana. Penat!

25. Iguazu Falls, Argentina dan Brazil

Foto: King Ho Yim / iStock

Merentasi dua negara, air terjun ini adalah sebahagian daripada sistem besar yang merangkumi lebih kurang 275 air terjun.

26. Kjeragbolten, Norway

Foto: Beas777/Shutterstock

Ia merupakan batu sebesar 177 kaki persegi yang terletak di celah-celah gunung. Ia senang untuk dicapai, menjadikannya sebagai lokasi foto popular bagi pengguna Instagram yang adventurous.

27. Mt. Erebus, Antarctica

Foto: Michael Lodge/Shutterstock

Mungkin susah nak percaya yang di kawasan sejuk Artik pun ada gunung berapi aktif. Ia merupakan gunung berapi paling selatan di dunia dan berumur 1.3 juta tahun serta mempunyai ketinggian 12,448 kaki dari paras laut.

28. Jeju Island, South Korea

Foto: Noppasin Wongchum/Shutterstock

Di pulau inilah terletaknya gunung tertinggi Korea Selatan, Hallasan. Ia merupakan sebuah gunung berapi tak aktif yang 6,400 kaki tingginya dari paras laut. Pulau ini juga terkenal dengan tiub lava, iaitu gua yang dibentuk oleh lava yang sedang menyejuk.

29. Milford Sound, New Zealand

Foto: Harley Alexander/Shutterstock

Terbentuk oleh glasier pada zaman ais, fjord di pantai selatan New Zealand ini terkenal dengan pemandangan alam yang dinamik, dari air terjunnya ke puncak gunung tinggi.

30. Beach of the Cathedrals, Galicia, Spain

Foto: John_Walker/Shutterstock

Anda mesti susah nak percaya yang formasi gerbang-gerbang batu di pantai ini telah “dibentuk” secara semulajadi.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Jibril mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar) dan hidangan Barat yang lazat!

Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Eat Travel Tue, 11 Jun 2019

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Macam-macam ada dan semuanya tampak menarik, jadi jom cuba!

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019

Hidangan Pasta Lebih Sihat & Menarik Untuk Anak Kesayangan Anda

Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli ini didatangkan dalam beraneka bentuk menarik

Eat Travel Wed, 19 Dec 2018

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Khabarnya hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka!

Acara Tue, 19 Nov 2019

Dekorasi kreatif serikan sajian perayaan Hari Natal Hilton PJ

Aneka hidangan tradisi menanti pengunjung

Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Pantai Irama Bachok, Lokasi Liburan Sarat Sentuhan Tradisi

Desiran angin pantai yang berhembus halus dan menerpa pepohonan di sekitarnya mendamaikan minda.

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Fri, 1 Feb 2019

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Hendak nampak seperti seorang yang profesional?