Categories: Eat Travelfamiluv

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Pernahkah anda melihat rancangan memasak Masterchef Junior?

Kanak-kanak sekecil enam tahun sudah diberi kepercayaan untuk mengendalikan makanan tanpa bantuan orang dewasa dan hasilnya sungguh sedap!

Jika anda masih tertanya-tanya, lihat video ini!

Hebat bukan? Kadangkala, sebagai ibu bapa, anda pasti akan risau mengenai keselamatan anak anda yang mengendalikan api dan pisau yang tajam semasa di dapur.

Selain itu, anak-anak perempuan sering dikerah untuk ke dapur bagi membiasakan diri mereka dengan kerja rumah tetapi anak lelaki dibiarkan bersenang-lenang.

Hentikan diskriminasi ini!

Namun begitu, Hijab & Heels sertakan lima sebab anda perlu memberikan peluang kepada anak untuk memasak bersama-sama.

Menghubungkan deria rasa

Mencarikkan sayur seperti salad, membasuh ayam yang sudah disiang dan mencuba bahan-bahan masakan melibatkan deria rasa yang saling berhubung antara satu sama lain.

Rasa yang kompleks daripada makanan yang dimakan semasa memasak akan merangsang deria rasa melalui lidah dan menghidu melalui hidung.

Foto: Diet Doctor

Mendidik anak menjadi lebih bijak

Banyak perkara yang boleh diajar semasa memasak. Konsep dalam matematik seperti mengira, ukuran dan pecahan apabila memasak mengikut resipi boleh dipraktikkan untuk anak anda.

Menjelaskan cara masakan berubah mengiku suhu atau khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan seperti sayur, buah dan sebagainya dapat membantu mereka dalam subjek sains.

Selain itu, anda juga boleh mengajar anak anda perkataan-perkataan baharu dan memperbaiki perbendaharaan kata mereka.

Foto: Today’s Parent

Jadikan memasak sebagai amalan kekeluargaan

Sertakan anak dan suami anda dalam aktiviti memasak di rumah. Anak lelaki atau perempuan harus diajak untuk merasai pengalaman menyediakan makanan.

Jangan membeza-bezakan antara anak lelaki atau perempuan. Diskriminasi antara jantina tidak seharusnya dimulakan dari rumah.

Sebagai ibu, anda haruslah bijak dan adil dalam mengelakkan perkara ini daripada terjadi.

Positive family preparing lunch together

Pantau keselamatan

Terangkan kepada anak anda tentang bahaya mengendalikan makanan semasa di dapur. Contohnya, semasa menggunakan dapur dan pisau.

Anda haruslah memantau keselamatan mereka semasa memasak dan tidak lepas tangan.

Cubalah!

tex_admin