Categories: Eat Travel

Ikuti 8 Tip Penting Ini Supaya Penerbangan Jarak Jauh Anda Lebih Selesa

Penerbangan jauh-jauh ini gerenti akan melemahkan badan dan minda. Bila anda terperap dalam sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama, manalah otak anda tak tepu?

Dahlah tempat duduknya sempit! Gerenti sakit badan, lebih-lebih lagi jika anda berbadan besar.

Malangnya bukan semua orang mampu beli tiket business atau first class. Terpaksalah duduk di tempat sempit itu sampai kapal terbang mendarat.

Tapi jangan risau. 8 tip di bawah ini boleh membantu menjadikan pengalaman penerbangan anda lebih selesa supaya anda tiba di destinasi dalam keadaan yang lebih baik.

1. Minta makanan istimewa

Setiap penerbangan ada menyediakan hidangan makanan khas untuk orang-orang tertentu seperti vegetarian dan diabetic, ataupun makanan yang halal dan kosher untuk orang Muslim dan Yahudi.

Selalunya hidangan ini yang disajikan dulu kepada mereka yang telah membuat tempahan. Ia juga disediakan dengan cara yang lebih baik daripada hidangan biasa-biasa.

Jika anda tak nak tunggu lama-lama untuk makanan anda dihidangkan, atau anda rasa makanan kapal terbang selalunya tak sedap, lain kali bila menempah tiket penerbangan, order makanan istimewa ini.

2. Pakai pakaian yang selesa

Elakkan pakai baju atau seluar yang ketat-ketat. Nanti tersekat pula peraliran darah dalam badan. Sesetengah orang pakai baju tidur terus!

Kalau nak nampak kemas dan proper bila keluar dari kapal terbang, cuba pakai pakaian yang tak perlu digosok.

3. Tukarkan masa jam tangan anda ke masa destinasi

Periksa apakah masa di tempat yang anda nak pergi itu. Jika di sana waktu malam, cuba dapatkan tidur. Jika waktu siang, cuba berjaga.

4. Minum air

Senang sangat untuk dehidrasi memandangkan kadar kelembapan dalam pesawat adalah rendah. Jika syarikat penerbangan anda benarkan, isikan air putih ke dalam sebuah botol sebelum anda menaiki kapal terbang.

5. Stretch

Foto: Health Seed Lifestyle

Elakkan daripada mengalami sakit tengkuk atau belakang dengan membuat regangan otot sekali sekala di tempat duduk anda. Ataupun anda boleh jalan-jalan di sepanjang lorong dalam pesawat.

6. Jangan minum alkohol atau kopi

Ia boleh menyukarkan anda untuk tidur lena atau rehatkan badan. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi.

7. Bawa bekalan keperluan

Isikan sebuah beg kecil dengan palam telinga (ear plugs), losyen yang mengandungi SPF, topeng mata atau apa saja yang boleh membuatkan pengalaman anda lebih selesa.

8. Pastikan anda terhibur

Isikan gadget anda dengan filem, rancangan TV dan buku, ataupun bawa saja sebuah buku atau majalah. Jika anda fokus menonton atau membaca, manalah tahu. Tengok-tengok dah sampai.

Sumber: Twitter Business Insider

Ad Ops