Categories: Eat Travel

Bahulu RM1, Wanita Ini Jual Murah Kuih Raya Hingga Cecah Keuntungan RM5000 Sehari

Rasanya ramai lagi yang masih sibuk membuat persiapan Hari Raya. Kuih raya semua dah siap ke? Kalau belum lagi, anda boleh berkunjung ke kedai ini.

Kedai pemborong biskut Kak Ani di Kampung Sungai Rotan, Pendang dikatakan sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin mendapatkan biskut raya semurah RM1 yang ditawarkan di premis tersebut. Murah kan?

Walaupun lokasi kedai terletak di kawasan pedalaman, premis yang dibuka sejak hampir 15 tahun lalu bukan saja menjadi pilihan orang ramai malahan peniaga yang menjalankan perniagaan biskut raya.

Pemiliknya, Zaini Yahya atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, berkata, biskut raya yang dijual sangat murah dan berpatutan harganya, dijual serendah RM1 iaitu kuih bahulu. Selain kuih bahulu, terdapat juga biskut raya moden dan tradisional dijual seperti biskut kacang, pelbagai jenis rempeyek dan maruku, kerepek ubi dan pisang serta karipap mini.

Foto: Lovely Cakes

“Alhamdulillah, tahun ini pelanggan datang awal membeli kuih raya yang diminati dan kita jual murah-murah pada harga borong agar pelanggan tidak terbeban untuk menyambut Aidilfitri.

“Stok juga sentiasa ada dan orang ramai boleh datang awal buat pilihan mengikut cita rasa mereka sendiri,” kata Kak Ani.

Menurut Kak Ani lagi, bagi menampung keperluan, dia terpaksa menambah beberapa kakitangan bagi membantu menguruskan premis tersebut yang jualannya mencecah RM5,000 sehari dan dijangka meningkat pada minggu terakhir sebelum Aidilfitri.

Bagi anda yang berasa berdekatan dengan kedai Kak Ani bolehlah berkunjung ke sana dan borong kuih raya ya!

Sumber: Malay Mail

tex_admin