Categories: Eat Travel

Ini Rupanya Cara Nak Buat Kuih Siput Ekspres. Memang Mudah!

Kalau dikira lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin minggu ini ada dalam kalangan anda yang membuat persiapan akhir sebelum menjelang raya. Ini termasuklah persiapan membuat kuih raya, mesti masa ini para ibu sedang sibuk di dapur untuk membuat kuih raya.

Jika anda pernah buat kuih siput, pasti anda tahu benda paling susah nak buat bila nak menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng. Setuju tak? 

Sebenarnya, ada cara mudah nak buat kuih siput dengan hanya menggunakan pasta sahaja. Jom kita tengok resepi kuih siput ekspres ini. 

Bahan-bahannya:

Foto: Mingguan Wanita

Macaroni / Spiral / Small Sheel

Tepung bestari

Daun kari

Serbuk lada hitam

Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

1. Masukkan macaroni / spiral / small sheel ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan cuci bersih.

2. Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung Bestari. Kuantiti tepung ikut kepada anda, asalkan ia melekat antara satu sama lain. Kalau tak lekat tambah sedikit air. Gaul sehingga sebati.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak panas, gorengkan macaroni / spiral / small sheel bersama daun kari sehingga menjadi warna kekuningan.

4. Kemudian, apabila sudah masak, angkat dan toskan. Gaulkan pula dengan serbuk lada hitam. Simpan di dalam bekas yang bertutup. Siap!

Mudah sangat kan? Anda bolehlah cuba resepi ini, pasti tetamu yang datang beraya ke rumah anda nanti akan bertanyakan resepi ini kepada anda! Selamat mencuba!

Sumber: Mingguan Wanita

tex_admin